Farina AF8 Beraya Bersama Anak

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
- Foto THE STAR Oleh RICKY LAI

PENYANYI kelahiran Akademi Fantasia musim lapan (AF8), Zafarina Jamhari,28, atau lebih dikenali sebagai Farina (gambar) muncul dengan single pertamanya, Syukur Di Aidilfitri' bersama Best Malaysia Entertainment (BME) pada 13 Ogos lalu.

Single ini merupakan projek pertamanya bersama BME setelah menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman itu sejak Jun lalu.

"Saya tengah sibuk mempromosikan single terbaru, Syukur Di Aidilfitri," katanya kepada mStar Online.

Farina berkata, single tersebut dilancarkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

'Syukur Di Aidilfitri' merupakan ciptaan Kuncidemax (Onyx Garland Sdn Bhd). Ia dirakamkan oleh Rudi Muhammand di Studio Hikayat.

Tajuk lagu tersebut sebenarnya menceritakan kesyukurannya yang ingin beraya bersama puteri tunggalnya, Dayang Hasya Yasmin,8, ahli-ahli keluarga dan adik-beradik di Bintulu, Sarawak..

Akui Farina, kehidupannya sebagai artis telah memisahkan dia dengan mereka yang disayangi.

"Saya terpaksa berjauhan dengan mereka dan ini merupakan satu pengorbanan besar. Saya akan balik dua hari sebelum raya untuk melampiaskan rindu pada Dayang.

"Saya akan lebih banyakkan masa beraya di rumah dan dengan ahli-ahli keluarga terdekat sahaja," katanya.

Sementara itu, Farina memberitahu dia masih fokus kepada bidang nyanyian dan belum bersedia untuk berlakon lagi.

"Saya kena berlatih lebih kuat dari segi vokal untuk memberikan persembahan yang baik. Setakat ini, saya hanya menyanyi pada persembahan makan malam korporat dan terbaru, membuat persembahan dalam sebuah rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan