Black Mentor Beraya di Rumah Mas Idayu

Diterbitkan: Jumaat, 10 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Black dan mentornya, Mas Idayu.
Black dan mentornya, Mas Idayu.

JUARA Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah merancang untuk berhari raya di rumah mentornya, Mas Idayu di Johor pada hari raya ketiga.

"Saya telah menghubungi ibu (Mas Idayu). Dia suka apabila saya menyatakan ingin datang melawatnya pada hari raya nanti. Adik-beradiknya pun rapat dengan saya.

"Saya akui tidak berkesempatan melawatnya pada tahun lalu. Jadi daripada saya membuat keputusan untuk pergi ke rumahnya pada tahun ini," katanya kepada mStar Online.

Black memberitahu, hasratnya itu datang dari dirinya sendiri kerana ingin menghargai jasa dan sumbangan Mas dalam membentuknya menjadi artis hari ini.

Lagipun, katanya, dia akan beraya di Kuala Lumpur pada tahun ini berbanding di kampung halamannya di Baling, Kedah seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Ini mengurangkan masa perjalanan saya ke Johor nanti," katanya yang memang selalu bertanya khabar dengan mentornya.

Pada Hari Raya tahun ini, Black mengeluarkan satu single raya berjudul Hangatnya Raya dengan HotFM dan Artis Astro Entertaiment Sdn Bhd (AESB).

Selepas sambutan Hari Raya pula, dia bakal mengeluarkan album baru yang mengandungi lima buah lagu baru dan satu trek bonus.

Menariknya, kelima-lima lagu tersebut menggunakan nama wanita antara lain seperti Sofea Jane, Jina, Natalia serta Dewi Alia.

Mengenai perniagaannya menjual tembikai di bazar Ramadan, Black bersyukur perniagaannya laris.

Sementara itu, Black mengajak para penonton yang juga peminatnya supaya menonton dokumentari Sebenarnya Black pada Hari Raya ketiga (12 September 2010), pukul 5 petang di TV3.

"Para peminat akan tahu siapa Black yang sebenar. Memang rugi kalau tak tengok kerana dalam itu banyak aksi dan lakonan saya yang kesemuanya berdasarkan realiti.

"Aksi gaduh-gaduh saya itu adalah betul kerana saya tidak tahu benda itu dirancang," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan