Kuih Raya Tak Cukup Bikin Erra Malu

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra Fazira
Erra Fazira

SERIK gara-gara kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu tidak mencukupi pada Hari Raya yang tahun lalu, aktres jelita Erra Fazira mengambil langkah drastik dengan membeli sebanyak mungkin kuih raya untuk sambutan Aidilfitri kali ini.

Menurut Erra, perasaan bersalah pada Raya tahun lalu apabila stok kuih yang dibeli tidak mencukupi membuatkan ibu kepada Engku Aleesya ini sanggup berbelanja lebih kali ini.

"Saya betul-betul serik apabila kuih yang dibeli pada Raya tahun lepas tak mencukupi. Buat malu saja pada keluarga dan tetamu.

"Jadi, untuk tahun ini memang saya beli apa saja jenis kuih yang nampak di depan mata. Biarlah lebih sikit asalkan mencukupi," katanya.

Akui Erra, tindakannya untuk berbelanja lebih pada kuih raya tahun ini bukanlah bertujuan untuk membazir, cuma sejujurnya pelakon yang bakal menggalas watak Tun Dr Hasmah dalam Muzikal Tun Mahathir ini mudah kasihan kepada sesiapa saja yang datang menjual kuih raya kepadanya.

"Saya beli kuih lebih banyak kali ini bukan sebab nak membazir. Saya harap orang tak salah faham pula tapi terus-terang saya akui yang saya mudah kasihan apabila meliha orang menjual kuih raya.

"Bila ada rakan-rakan atau sesiapa saja yang datang menjual kuih raya, pasti saya tak fikir dua kali dan terus beli. Jadi, secara tak langsung stok kuih yang dibeli bertambah banyak," katanya.

Jelas Erra lagi, dia tidak kisah pun jika stok kuih raya yang dibeli itu berlebihan kerana memang sudah jadi amalan baginya untuk membawa kuih raya sebagai buah tangan apabila berkunjung ke rumah ibunya, nenek dan keluarga mertua.

"Kalau stok kuih berlebihan pun tak mengapa sebab saya akan bawa kuih raya sebagai buah tangan apabila berkunjung ke rumah ibu, nenek dan keluarga mertua.

"Selain itu, di rumah sendiri pun pasti akan ramai rakan-rakan, kaum keluarga dan para peminat yang datang, jadi bagus juga jika kuih raya ada banyak," katanya yang menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur pada tahun ini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan