John Ford Coley Tampil Kali Kedua Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG legenda muzik klasik sejati yang cukup dikenali pada tahun 80-an, John Ford Coley (gambar) bakal tampil di dalam satu konsert istimewa anjuran Jojo Events Sdn Bhd pada 30 September ini di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Ini merupakan konsert kedua John di negara ini. Ketika membuat persembahan pertama beliau di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada tahun 2008, beliau telah berjanji untuk kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan yang lebih besar dan menarik.

Pengarah Jojo Events Sdn. Bhd. Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir pada sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini berkata, John akan membuat persembahan selama 90 minit dan dia akan menyanyikan kesemua barisan lagu-lagu hits miliknya.

"Showcase yang dijalankan di Hard Rock Café pada tahun 2008 berlangsung dengan jayanya dan merupakan satu persembahan yang sukar dilupakan. Sudah dua tahun berlalu dan para peminat beliau tidak sabar untuk melihat John kembali membuat persembahan di Malaysia.

"Ia pasti menjadi sebuah konsert yang menarik dan menghiburkan," katanya.

John ialah seorang penyanyi yang cukup berbakat besar, pemuzik terkemuka, pemain piano klasik yang cukup profesional, pemain gitar, pelakon dan juga seorang penulis yang berasal dari Dallas, Texas.

John cukup dikenali ketika dia menubuhkan kumpulan duo England Dan & John Ford Coley. Kerjasama mereka mendapat pencalonan anugerah Grammy pada ketika itu.

Selain itu, mereka juga berjaya menghasilkan lapan buah album bersama dan ada di antara album tersebut yang melayakkan mereka mendapat anugerah triple platinum dan juga anugerah emas.

Mereka cukup dikenali dengan lagu-lagu hits seperti I’d Really Love to See You Tonight, Just Tell Me You Love Me, Love is the Answer, Nights Are Forever Without You, We’ll Never Have to Say Goodbye Again, Sad To Belong, What Can I Do With This Broken Heart, Gone Too Far dan banyak lagi.

Antara penghibur terkemuka dunia yang pernah bekerjasama dan membuat persembahan dengan John Ford Coley adalah Elton John, Bill Cosby, Led Zeppelin, Air Supply, Steve Miller Band, Loggins and Messina, Heart, Bread, Carly Simon, Chicago dan juga Carole King.

Konsert yang akan berlangsung di Concorde Hotel, Kuala Lumpur ini akan menampilkan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai pembuka persembahan. Tiket berharga RM80 (Tier 1) dan RM50 (Tier 2) boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my .

Dengan semangat Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelma, Jojo Events Sdn. Bhd. telah melantik Rumah Sinar Salam sebagai penerima amal dari konsert ini.

RM5,000 daripada jualan tiket akan disalurkan kepada Rumah Sinar Salam sebagai inisiatif untuk membantu orang yang kurang beruntung dan masyarakat di kawasan Chow Kit.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan