Idlan Terkilan Gagal Tunai Impian Bapa

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAIB Juara Raja Lawak 4, Idlan atau nama sebenarnya Khairul Idlan Abd Razak, 21, (gambar) pastinya berasa sedih apabila beraya tanpa ayahanda tercinta, Abd Razak Mat Zain. Arwah bapanya meninggal pada Jun tahun ini akibat penyakit barah tulang.

Lebih membuatkan dirinya terkilan apabila dia yang terkenal dengan gelaran 'Abang Kassim Pon Pon' itu tidak sempat menunaikan impian arwah bapanya.

“Sebelum arwah meninggal, dia ada meminta hadiah jam tangan yang saya menang dalam Raja Lawak tetapi saya tak sempat beri. “Saya agak sedih juga apabila menyambut Hari Raya tahun ini di Kulim, Kedah tanpanya kerana kami anak-beranak memang tak pernah berenggang,” katanya kepada mStar Online.

Mengenai kehidupannya selepas sembilan bulan bergelar artis, anak ketujuh daripada lapan beradik itu mengakui menjalani kehidupan yang sama seperti sebelum ini. Malah Raya tahun ini juga tidak terlalu meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini memandangkan baru meratapi pemergiaan ayahanda tercinta. Selepas mendapat tempat kedua dalam Raja Lawak 4, dia menerima banyak tawaran lakonan dan program Raya.

Pada Hari Raya ini, Idlan akan muncul dalam telefilem Aidilfitri Abang Kassim Pon Pon di Astro Prima (saluran 105) pada 10 September, 12 tengah hari, telefilem 3 Budak Botak Dua Hari Di Hari Raya di Astro Warna (saluran 132) pada 10 September, 2 petang, dan MegaRaya Syawal Bersama Bintang di Astro Ria (saluran 104) pada 10 September, 4 petang.

Idlan berharap perjuangannya dalam industri seni tidak tertumpu kepada lakonan sahaja sebaliknya dia juga bercita-cita untuk bergelar seorang penyanyi lagu-lagu komedi.

Di samping itu, dia juga mahu berjaya dalam perniagaan murtabak memandangkan dia pakar membuat murtabak sejak enam tahun lalu.

Sebelum menamatkan perbualan, Idlan mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan