Shahir Impi Tubuh Rumah Anak Yatim

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahir bersama-sama sebahagian anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan, Taman Maluri, Cheras dan selebriti yang hadir. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Shahir bersama-sama sebahagian anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan, Taman Maluri, Cheras dan selebriti yang hadir. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

TIADA perkara lain yang menjadi impian Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22, melainkan untuk membahagiakan keluarganya.

Namun jauh di sudut hati kecil juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini, dia turut mengimpikan untuk menubuhkan sebuah rumah anak yatim.

Jiwa besar Shahir yang mudah kasihan dan penyayang itu membuatkan dirinya merasa terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan itu.

Sekurang-kurangnya pendapatan hasil kerjaya seninya lebih diberkati Allah dan tidak salah untuknya berkongsi sesama manusia.

“Saya mengimpikan untuk membahagiakan keluarga, menunaikan segala impian saya yang belum tercapai sebelum ini serta membina sebuah rumah anak yatim jika diizinkan Allah,” kata Shahir semasa majlis sambutan hari lahirnya yang ke-22 tahun yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Ahad.

Majlis anjuran Kelab Peminat Shahir (KPS) itu turut melancarkan Kelab Peminat Shahir Malaysia yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Selain itu, Shahir dan kelab peminatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan 57 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan, Taman Maluri, Cheras.

Menariknya pada awal majlis tersebut, Shahir membuat gimik dengan memakai jambang dan cermin mata ketika membacakan surah Al-Kausar dan Al-Duha. Namun lakonannya itu tidak berjaya apabila ada kalangan penonton yang menjerit-jerit kecil nama Shahir.

Menurut Pengerusi KPS, Mohd Helmi Basir, idea gimik tersebut datang daripada Shahir sendiri. Selain itu, seramai 200 tetamu yang hadir turut mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Dini dan alunan zikir taubat daripada Shahir.

“Setakat ini, seramai 100 ahli KPS yang telah mendaftar secara rasmi manakala peminat Shahir di Facebook adalah seramai 208,000 orang termasuk di Singapura dan Brunei.

“Sasaran kami selepas ini adalah untuk mengumpul seberapa ramai peminat Shahir yang berdaftar dan mendekatkan peminat dengan Shahir dalam aktiviti-aktiviti yang sihat. Setakat ini, kami masih merancang banyak aktiviti pada masa akan datang,” beritahu Helmi.

Bagi yang berminat untuk menyertai KPS, boleh mendaftar menerusi www.shahirfc.webs.com.

Sebanyak dua pakej yang ditawarkan iaitu pakej biasa berharga RM30 setahun dan pakej platinum berharga RM50 setahun.

Dalam majlis tersebut, Shahir turut menerima hadiah Hari Jadi daripada ibunya, Mahanum Osman, 45, berupa bingkai gambarnya semasa berusia 7 bulan. Gambar tersebut pernah memenangi tempat kedua pertandingan bayi comel.

Selain itu, bapa Shahir, Zawawi Osman, 54, dan tiga adik-adiknya, Ahmad Safuan, 18, Nur Suaidah, 15, dan Ahmad Syahmi, 14, serta beberapa rakan artis iaitu Maulana, Farina, Ain, Anum dan Salima turut hadir ke majlis tersebut.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan