Iklan Hari Raya : TV3 Mohon Maaf

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak TV3 memohon maaf di atas keterlanjuran mereka menyiarkan iklan Hari Raya Aidilfitri menerusi saluran stesen televisyen itu pada 3 September lalu yang telah menyinggung perasaan orang ramai.

Ini berikutan maklum balas yang diberi oleh penonton-penonton TV3 selepas penyiaran iklan tersebut yang dikatakan menghina agama Islam.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan di sini, Isnin mengambil tindakan segera dengan menghentikan penyiaran iklan tersebut dan memohon maaf secara terbuka menerusi siaran Buletin Utama pada hari yang sama.

"Kami menghargai maklumbalas yang diterima daripada para penonton dan orang ramai. Justeru, langkah mengehentikan iklan tersebut diambil untuk mengelakkan daripada berulangnya perkara yang sama pada masa akan datang," menurut kenyataan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan