Cheryl Cole Rasa Tertipu Kecurangan Bekas Suami - Berita Hiburan | mStar

Cheryl Cole Rasa Tertipu Kecurangan Bekas Suami

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto AFP
- Foto AFP

PENYANYI Cheryl (gambar) yang bercerai dengan pemain bola sepak, Ashley Cole mengakui dia berasa tertipu ekoran kecurangan bekas suaminya.

Dia menyifatkan tindakan curang Cole sebagai tidak boleh diterima.

"Saya mengambil iktibar daripada perceraian ini. Saya menerima ia adalah satu bab kehidupan saya yang telah selesai," katanya kepada media.

Cheryl bersyukur kerana dia tidak mempunyai anak dan masih mampu menjalani kehidupan dengan tenang.

"Sesetengah kehidupan menjadi porak-peranda. Ia memang mendukacitakan," tambahnya.

Bintang The Girls Aloud itu bercerai dengan Cole di Mahkamah Tinggi London, Jumaat lalu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan