Temui "Moonlight Resonance" Di 8TV

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DRAMA popular yang memenangi anugerah dan memakan belanja produksi terbesar, Moonlight Resonance, kini ditayang di 8TV.

Drama ini bukan sahaja mendapat komen yang sangat positif sejak permulaan episod sehinggalah penghujungnya malah ia telah menerima jumlah penonton tertinggi dalam stesen TVB!

Moonlight Resonance mengisahkan satu pasangan muda yang sama-sama memulakan perniagaan mereka sendiri iaitu Moonlight Cake Shop sehinggalah perniagaan mereka mencapai tahap reputasi yang memuaskan.

Namun ia tidak seperti dalam cerita dongeng, kebahagiaan itu berakhir setelah mereka memiliki enam orang anak dan menyedari si suami mempunyai hubungan sulit dengan rakan baiknya sendiri.

Chung Siu, seorang isteri yang telah mendapat tahu tentang kecurangan suaminya, Kam Tai Cho dengan rakan baiknya yang juga pekerjanya, Yan Hung.

Kerana sikap pentingkan diri sendiri, Yan Hung telah memporak perandakan hubungan antara Tai Cho dan isterinya hingga menyebabkan mereka bercerai dan kedua-dua mereka harus membahagikan hak penjagaan anak-anak.

Chung Siu mempunyai hak jagaan ke atas Kan Wing Ho, Kam Wing Hing dan anak angkat mereka, Suen Ho Yuet. Manakala Tai Cho mempunyai hak penjagaan ke atas Wing-ka, Wing-Yuen dan Wing Chung. Selepas penceraian mereka, Tai Cho dan Yan Hung mengambil alih perniagaan Moonlight Cake Shop, manakala Chung Siu dan anak-anaknya harus bersusah payah membina kedai kek baru untuk menyara hidup.

Kekejaman Yan Hung tidak berakhir di situ. Dalam diam-diam, Yan Hung cuba memusnahkan keluarga itu dengan memisahkan Tai Cho dengan anak lelakinya.

Dalam waktu yang sama, Yan Hung mengambil kesempatan untuk berbaik-baik dengan ibu mertuanya kerana Yan Hung tahu bahawa hubungan ibu mertuanya dengan Chung Siu tidak begitu baik.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim menyifatkan, drama itu sebagai satu rancangan kekeluargaan yang penuh dugaan dan cabaran yang pasti penonton tidak mahu ketinggalan untuk mengikutinya.

"Ia pernah mencapai kejayaan yang besar di Hong Kong, kini kami tayangkan drama yang memenangi pelbagai anugerah ini, hanya untuk anda secara percuma dan eksklusif di 8TV,” katanya.

Alami pelbagai nilai keluargaan, yang penuh kemesraan, percintaan, kelucuan, dan kehibaan dalam Moonlight Resonance bermula 12 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7.00 malam.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan