Konsert "Paramore" Di Bukit Jalil 19 Oktober

Diterbitkan: Sabtu, 4 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA : Kumpulan Rock dari Amerika Syarikat, Paramore akan menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk sebuah persembahan hebat pada 19 Oktober akan datang.

Konsert yang diberi nama “Paramore Live In Kuala Lumpur 2010” itu dibawakan oleh Tune Talk sementara AirAsiaRedTix adalah ejen tiket rasmi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, kumpulan rock itu merupakan sebuah kumpulan muzik yang cukup digilai di Amerika Syarikat dan usaha membawa mereka ke tanah air adalah untuk memberi peluang peminat kumpulan itu melihat persembahan mereka dengan lebih dekat.

“Kehadiran Paramore ini juga dapat memberi peluang kepada peminat mereka di rantau ini menyaksikannya melalui akses mudah dengan adanya penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X,” katanya.

Berasal dari Franklin, Tennessee, Paramore dicalonkan untuk Grammy Award pada tahun 2008 bagi kategori Artis Baru Terbaik menerusi album “Riot” yang telah terjual lebih dari 2 juta unit seluruh dunia.

Tiket untuk mengikuti konsert mereka dijual dengan harga dari RM98 hingga RM358. ia dijual bermula 1 September lalu.

Tiket secara dalam talian boleh diperoleh dengan melayari www.airasiaredtix.com dan Ticketpro di www.ticketpro.com.my.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan