Rosnah Mat Aris Bimbang Dituduh Hina Wanita Sengau

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosnah Mat Aris bimbang jika lakonannya sebagai wanita sengau dalam filem 4 Madu disalahtafsirkan. - Foto oleh YAP CHEE HONG
Rosnah Mat Aris bimbang jika lakonannya sebagai wanita sengau dalam filem 4 Madu disalahtafsirkan. - Foto oleh YAP CHEE HONG

PELAKON kontroversi Rosnah Mat Aris yang bakal muncul dalam filem terbaru iaitu 4 Madu mengakui pengalaman melakonkan watak anak dara tua yang sengau dalam filem komedi itu telah mengundang kebimbangan kepadanya.

Menurut Rosnah yang mesra disapa Kak Ros, tanggungjawab untuk membawa watak Suriati itu bukan hanya terletak kepada kesukaran melontarkan suara dan melakonkan gaya orang yang sengau, malah apa yang lebih menggusarkan mengenai penerimaan masyarakat selepas menonton lakonannya kelak.

"Apabila kak Ros menerima tawaran itu memang sudah terdetik kebimbangan di hati Kak Ros tentang penerimaan masyarakat apabila mereka menonton Kak Ros melakonkan watak wanita sengau.

"Bukan apa, kak Ros cukup risau jika lakonan Kak Ros akan dianggap menghina atau mempersendakan mana-mana pihak pula.

"Apa pun, Kak Ros berharap sangat agar penonton faham dan menerimanya sebagai satu lakonan semata-mata," katanya yang ditemui sejurus selepas pra-tonton filem itu, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Rosnah mengakui pengalaman melakonkan watak itu merupakan cabaran yang paling menarik sepanjang bergelar pelakon.

Bukan sahaja dia perlu memastikan tutur bicara, pergerakan dan air mukanya menepati kehendak watak malah dia juga gembira kerana berpeluang berganding dengan nama-nama besar dalam dunia lakonan tanah air.

"Kak Ros sangat seronok melakonkan watak Suriati dan ini adalah pertama kali beraksi sebagai watak wanita sengau. Agak susah sebenarnya untuk bercakap dengan nada sengau, mengawal suara dan pergerakan supaya sesuai dengan watak.

"Malah, Kak Ros juga perlu mengawal gaya lakonan agar ia tidak kelihatan keterlaluan atau berlebih-lebihan pula," katanya.

Selain Rosnah, filem 4 Madu arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan Saiful Apek, Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Sazzy Falak, Almy Nadia, Ayu Raudhah dan ramai lagi.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 9 September ini sempena sambutan Hari Raya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan