Pertunangan Norman & Memey Dapat Restu

Diterbitkan: Jumaat, 3 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENGAMBIL keputusan untuk melangkah ke satu tahap dalam hidup, pasangan kekasih Norman Hakim dan Memey Suhaiza sudah mendapat restu keluarga masing-masing untuk mengadakan majlis pertunangan pada Hari Raya keempat nanti.

Menurut mereka perancangan untuk mengadakan majlis pertunangan sudah dibuat sejak tahun lalu lagi tetapi kesibukan mereka membataskan hasrat tersebut.

Malah tarikh yang dipilih untuk majlis pertunangan mereka iaitu pada Hari Raya ke empat juga telah di setelah mendapat persetujuan dari pihak keluarga masing-masing.

“Selepas berjumpa dengan keluarga Memey pada minggu pertama puasa, kami berbincang dan bersetuju untuk melangsungkan pertunangan pada Hari Raya ke empat.

"Begitu juga keluarga dan anak-anak saya, mereka mahu ia dilakukan pada cuti persekolahan,” kata Norman.

Tambah Norman, keluarganya juga sudah menyediakan jadual yang rapi pada hari pertunangan tersebut bagi memastikan rombongan peminangan berjalan lancar.

"Kami masing-masing sibuk dengan penggambaran. Pihak keluarga yang banyak mainkan peranan untuk memastikan majlis ini berjalan lancar.

"Mengikut perancangan, kami akan mengadakan majlis doa selamat terlebih dahului sebelum bertolak ke rumah Memey di Mersing, Johor dan akan bermalam di sana," ujar Norman yang ingin majlis tersebut berjalan dalam keadaan sederhana dan teratur.

Dalam pada itu, Norman yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby Abadi sebelum ini mengakui berdebar untuk melaluinya buat kali kedua pengalaman itu. Malah kata Norman, pengalaman pertama dahulu banyak mengajarnya untuk membina sebuah keluarga lebih sempurna.

"Debaran lebih kepada saya kerana pengalaman terdahulu banyak mengajar saya, terutamanya dari segi membuat keputusan. Jika mempunyai masalah dalam keluarga kita perlu selesaikannya dahulu kerana sebuah institusi rumah tangga itu penting. Jika tidak diselesaikan segera ia akan beri kesan kepada kerja," tambahnya.

Sementara itu, Norman turut memberitahu kes khalwat yang masih lagi berjalan tidak menjejaskan perancangan mereka bagi mendirikan rumah tangga.

"Perjalanan kes itu masih panjang tapi ia tidak beri kesan kepada perancangan kami untuk mendirikan rumah tangga. Kami ambil keputusan untuk bertunang kerana sudah bersedia bukan sebab desakan atau tekanan dari mana-mana pihak," ujarnya.

Memey yang turut berada di sisi Norman ketika ditemui pada satu majlis berbuka puasa juga menzahirkan perasaan gembira yang bercampur baur.

"Sebagai perempuan tentulah saya rasa gembira, takut, tak sabar dan macam-macam lagi. Bila saya dah buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, keutamaan saya tentu kepada keluarga dan anak-anak. Kerjaya akan jadi nombor dua," jelasnya yang bakal mengayakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail pada majlis pertunangan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan