Luna Maya Bangkit Promosi Empat Jejaka

Diterbitkan: Khamis, 2 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIARPUN video lucahnya masih hangat diperkatakan, Luna Maya sudah mula bangkit dengan aktiviti barunya.

Kekasih kepada Ariel itu kini sedang sibuk mempromosikan empat orang jejaka melalui akaun twitter peribadinya.

Jejaka-jejaka tersebut terdiri daripada anggota kumpulan muzik baru bernama Malka. Manakala Luna Maya bertanggungjawab menjadi produser kepada kumpulan tersebut.

Dia kini sedang sibuk mempromosikan kumpulan yang berasal dari Jakarta itu melalui laman jaringan sosialnya.

Malah artis berdarah kacukan itu juga mengajak pengikutnya di laman twitter untuk menyokong mereka. Menurut data yang tertera di akaun milik Malka Band, mereka sedang mempersiapkan video klip untuk single terbaru mereka.

Band tersebut dianggotai empat lelaki antaranya Pray (Vokalis), Fajar (Gitar), Iam (Gitar), Diman (Drum)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan