Farah Asyikin Enggan Komen Isu Putus Tunang

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH
- Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

ENTAH bila tarikh perkahwinannya pun, Farah Asyikin (gambar) tidak tahu. Lantas penyanyi dan penulis lirik itu tidak tahu bagaimana hendak memberikan komen saat ditanya tentang kahwin.

Jawapan yang diberikan masih kabur bilamana dia memutuskan untuk tidak memberikan apa-apa komen mengenai dakwaan yang mengatakan dia telah putus tunang dan tidak jadi berkahwin dengan duda berusia 36 tahun berasal dari Singapura itu.

Yang pasti, Farah berulang kali menyebut "I’m not getting married". Penyanyi lagu Hello itu juga enggan memberikan komen tentang statusnya sekarang sama ada masih bergelar tunangan orang atau tidak.

“Apabila mendapat tahu cerita tersebut, saya rasa sedikit terganggu. Saya sendiri masih tidak tahu bagaimana jalan cerita saya selepas ini kerana ia berombak-ombak. Apa yang boleh saya katakan, kami masih berhubung dengan baik,” katanya yang berada di Port Dickson bagi menjayakan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim anjuran RTM pada Sabtu lalu.

Biarpun pelbagai cerita yang muncul sedikit mengganggu, wanita yang pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini hanya memikirkan untuk berehat.

“Saya mahu tumpukan kepada karier dan kesihatan. Tentang jodoh, saya hanya berserah kepada Allah,” beritahunya lagi.

Pada Hari Raya Aidilfitri nanti, Farah dijangka pulang beraya di kampung sebelah bapanya di Pekan, Pahang atau Labu, Negeri Sembilan sebelah ibunya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan