Astro Lancar Saluran Baru

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nat Geo WILD telah bersedia untuk membawakan keseronokkan menonton kepada rakyat Malaysia dan berpeluang menyaksikan menyelami kehidupan haiwan-haiwan liar. - Foto ihsan Astro
Nat Geo WILD telah bersedia untuk membawakan keseronokkan menonton kepada rakyat Malaysia dan berpeluang menyaksikan menyelami kehidupan haiwan-haiwan liar. - Foto ihsan Astro

PARA pelanggan Astro kini boleh menikmati pelbagai pilihan dengan pelancaran dua buah saluran baru; AXN Beyond HD dan National Geographic Wild (Nat Geo WILD) serta dua saluran baru Malaysia Timur; Radio Bayu dan Radio Kenyalang.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan berkata sejajar dengan usaha untuk terus menjadi pilihan No. 1 para pengguna, Astro terus menyasar untuk menguatkan tawaran pengisian kandungannya dengan menawarkan beberapa saluran baru seperti AXN Beyond HD (Saluran Astro 720), Nat Geo WILD (Saluran Astro 550) , Radio Bayu (Saluran Astro 869) dan Radio Kenyalang (Saluran Astro 870) bermula pada Isnin depan, 30 Ogos.

Saluran-saluran itu kecuali AXN Beyond HD akan mula dipertontonkan kepada semua pelanggan Astro di bawah Pakej Keluarga. Selain itu, AXN Beyond HD juga akan dipertontonkan kepada semua pelanggan Astro B.yond sebagai saluran prebiu.

"Dalam mengotakan janji kami untuk mengukuhkan kedudukan Astro di bahagian timur Malaysia, kami akan melancarkan dua buah saluran radio; Radio Bayu dan Radio Kenyalang menerusi platform Astro yang bertujuan untuk memenuhi tuntutan pelbagai segmen budaya di kawasan ini.

"Astro berhasrat untuk menyediakan landasan bagi menyiarkan seleksi muzik-muzik tempatan dan tradisional bagi semua penduduk Malaysia dan pada masa yang sama, turut memberi peluang kepada para penyampai radio tempatan untuk tampil dan menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik," katanya.

Pelanggan Astro B.yond akan mempunyai sebuah saluran HD yang baru iaitu AXN Beyond HD (Saluran Astro 720), yang akan menyiarkan pelbagai rancangan hiburan yang terkini. Daripada hiburan ke fesyen ke fantasi, komedi ke suspen, romantik ke sains fiksyen dan drama termasuklah program-program utama seperti LOST, Drop Dead Diva, Melrose Place, The Prisoner, The Rachel Zoe Project dan sebagainya.

Selain itu, sebuah saluran pembelajaran baru - Nat Geo Wild akan mula dipertontonkan kepada semua pelanggan Astro menerusi saluran 550. Selaras dengan komitmen Astro untuk memantapkan lagi pembekalan pengisian kandungan tempatan, Nat Geo WILD telah bersedia untuk membawakan keseronokkan menonton kepada rakyat Malaysia dan berpeluang menyaksikan menyelami kehidupan haiwan-haiwan liar – semuanya di dalam Bahasa Malaysia.

Saluran ini menyasarkan untuk menbawa penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur menyusuri perjalanan yang sukar untuk dilupakan menerusi sinematografi yang sangat menakjubkan dan jalan penceritaan yang sungguh menarik. Ini adalah termasuk siri terbaru Dangerous Encounters, siri Big Cats dan sebagainya.

Pastikan anda menonton keempat-empat saluran baru Astro bermula Isnin depan pada 30 Ogos untuk lebih rancangan pilihan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan