Sabhi Saddi Tumpang Populariti One Nation Emcees?

Diterbitkan: Ahad, 22 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sabhi (kiri) hadir bersama-sama Mimi (tengah) dan Jojo pada rakaman Mentor Raya 2010, Jumaat, di Pusat Dagangan Dunia Putra. - Foto oleh RICKY LAI
Sabhi (kiri) hadir bersama-sama Mimi (tengah) dan Jojo pada rakaman Mentor Raya 2010, Jumaat, di Pusat Dagangan Dunia Putra. - Foto oleh RICKY LAI

NAMA Sabhi Saddi semakin melonjak naik sejak popular dengan lagu Nadiku pada awal tahun ini. Biarpun telah mengecapi populariti dengan cara tersendiri, ada yang mendakwa penyanyi berasal dari Sandakan, Sabah itu masih merasakan dirinya gagal bergerak solo.

Lantas, timbul dakwaan di sebuah portal hiburan, jejaka berusia 25 tahun itu bakal menyertai kumpulan One Nation Emcees untuk menumpang populariti kumpulan itu.

Malah, kedatangannya bersama dua anggota kumpulan itu, Mimi dan Jojo pada rakaman Mentor Raya 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat, seolah-olah menguatkan dakwaan tersebut.

Namun ada sumber memberitahu Sabhi tidak mungkin akan menyertai juara Gangstarz musim kedua itu sebaliknya merancang untuk berkolaborasi atau berduet sahaja.

Baru-baru ini, salah seorang anggota One Nation Emcees, Kozae atau nama sebenarnya Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza memaklumkan telah meninggalkan kumpulan itu sejak tiga minggu lalu.

Alasan Kozae, dia mengalami kesihatan yang terganggu sejak dua bulan lalu dan tidak mahu menyusahkan anggota lain.

“Memang Sabhi ada menerima tawaran daripada One Nation Emcees bagi menggantikan tempat Kozae. Namun dia menolak tawaran itu kerana selesa bergerak solo sebaliknya memilih untuk berduet dengan kumpulan itu sahaja,” tambah sumber itu kepada mStar Online.

Sabhi bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang nyanyian malah turut berbakat dalam bidang tarian. Jadi tidak mustahil keistimewaannya itu membuatkan kumpulan yang popular dengan lagu Raja Gelek itu mempelawa Sabhi untuk menyertai mereka.

Lagu pertamanya berjudul Sayang Giler pada tahun 2006 dan lagu itu merupakan lagu tema filem Cicakman.

Jejaka kacukan Pakistan itu juga tampil dengan single pertamanya, Gemerlapan yang berunsurkan genre pop balada hasil nukilan Omar.K .

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan