Radhi OAG Mahu Berada Di Masjid 20 Hari

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Radhi OAG. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU
Radhi OAG. - Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU

SELEPAS 10 hari berpuasa, vokalis kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Mohd Radhi Razali berkata, dia akan tinggal dalam masjid selama 20 hari sebelum Hari Raya untuk meningkatkan diri kepada Allah.

Katanya, dia akan berada di beberapa masjid sekitar daerah Hulu Langat untuk merealisasikan hasratnya itu.

"Saya memilih masjid di Hulu Langat kerana saya turut bersama oleh penyanyi Dr Sam. Dia sudah mengumpulkan ahli-ahli jemaah dan saya ialah salah seorang artis yang terlibat," katanya kepada mStar Online.

Radhi berkata, hasratnya mendekati Allah adalah atas inisiatif diri sendiri kerana tahun ini merupakan tahun pertama dia menduda.

Radhi bercerai talak satu secara baik dengan Shazlin Shariff pada 8 Jun lalu. Mereka mempunyai anak, Mohd Rifdhi Muslim yang kini berusia 5 tahun.

Oleh itu, kata Radhi dia memerlukan sedikit ketenangan jiwa.

"Ini bukan nak minta kesianlah. Setelah melalui satu fasa hitam yang sukar dilupakan, saya ingin mendekatkan diri kepada Allah," katanya.

Akui vokalis OAG ini, tempoh dua tahun naik dan turun mahkamah ekoran kes cerainya telah meragut semangatnya dan dia kini ingin kembali ke pangkal jalan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan