Justin Bieber Ingin Belajar Main Bola Dari David Beckham

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto AFP
- Foto AFP

PENYANYI, Justin Bieber (gambar), 16, begitu teruja untuk belajar bermain bola sepak daripada David Beckham.

Sebagai balasan, dia sanggup menawarkan diri untuk melakukan konsert persendirian khas untuk keluarga Beckham secara percuma.

Media melaporkan penyanyi remaja itu bersedia untuk memberikan persembahan untuk keluarga David, isterinya Victoria, dan anak-anak mereka Brooklyn, 11, Romeo, tujuh, dan Cruz, lima.

"Saya yakin dia akan melakukan apa saja untuk membuat tiga anak lelakinya gembira. Sekiranya saya ialah artis kegemaran mereka, saya akan datang ke rumah Beckham dengan senang hati untuk membuat persembahan peribadi.

"Cuma saya berharap dia akan mengajar saya bermain bola sepak selama satu jam selepas itu," kata Bieber.

Penyanyi muda yang sedang dibimbing oleh Usher baru-baru ini mengulas bahawa dia ingin belajar bercinta dari penyanyi Cheryl Cole dan Katy Perry.

"Mungkin mereka boleh melatih saya dan memberitahu saya bagaimana untuk bekerja dengan kanak-kanak perempuan yang baik. Saya ingin menjemput mereka berdua makan malam supaya mereka dapat mengajar saya cara terbaik untuk memikat wanita seperti mereka," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan