Sarimah Tumpu Kerja Amal Kerana Kesunyian

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan pengacara popular Sarimah Ibrahim mengakui lebih gembira melakukan kerja-kerja amal hampir setiap minggu bagi mengisi kekosongan hatinya.

Dia yang melalui Ramadan kedua selepas bercerai dengan suaminya pada Disember 2008 banyak menghabiskan masa lapang dengan menyertai kempen-kempen kesedaran.

Jurucakap produk kecantikan Body Shop ini juga memberitahu melakukan kerja amal sambil mempromosi produk tersebut.

"Bulan Ramadan ini saya banyak buat aktiviti seperti Kempen Mencegah Penderaan Kanak-Kanak dibawah anjuran Body Shop sendiri. Boleh dikatakan hampir setiap minggu jadual saya penuh dengan aktiviti. "Minggu lalu kami berada sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil membawa sepanduk sepanjang jalan. Ia sangat seronok, sedikit sebanyak mampu menghilangkan kesunyian saya," ujarnya yang bakal mengacarakan Majlis Simfoni Amal Diraja pada 2 Oktober ini.

Dalam pada itu, Sarimah yang baru sahaja dilantik menjadi jurucakap Body Shop awal bulan lalu memberitahu penantiannya terlaksana juga untuk menjadi jurucakap kepada produk berkenaan.

"Saya memang agak memilik menjadi jurucakap mana-mana barangan kerana saya mementingkan barang yang ada etika dan misi mereka tersendiri bukan sekadar mencari keuntungan semata-mata.

"Apa yang penting ialah mesej kesedaran yang hendak saya bawa," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan