Radio & TV Swasta Diminta Banyakkan Program Pembinaan Bangsa

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta semua stesen radio dan televisyen swasta supaya memperbanyakkan program-program pembinaan bangsa dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.

Beliau berkata paksi utama dalam konteks program itu adalah menerusi perpaduan dan menekankan aspirasi 1Malaysia, kenegaraan serta kemerdekaan dalam setiap siaran mereka.

"Kalau boleh kurangkan penyiaran program yang menampakkan pergeseran antara kaum dan politik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama badan penyiaran swasta di Angkasapuri di sini, Khamis.

Rais berkata di sebalik kesenangan dan keselesaan yang dinikmati masyarakat pada masa ini, masih ramai tidak memahami makna sebenar Malaysia dan bagaimana mewujudkan rasa terhutang budi kepada negara.

"Justeru, di sinilah peranan stesen radio dan televisyen untuk membina masyarakat melalui penyiaran berita, ulasan dan forum yang berguna serta bermanfaat.

"Ia merupakan tanggungjawab setiap stesen radio dan televisyen yang mempunyai lesen siaran di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Kita hanya mengingatkan supaya negara yang sudah diwujudkan secara pelbagai tunggak dan manfaatnya harus dikenali masyarakat," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memantau perkembangan perkara itu dari semasa ke semasa melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), termasuk bagaimana stesen-stesen itu dapat membantu mengurangkan pergeseran dan konflik yang tidak menguntungkan negara.

Sementara itu, mengulas mengenai semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Rais berkata, perkara itu tidak perlu digesa oleh mana-mana pemimpin setiap kali tibanya bulan kemerdekaan.

Beliau bagaimanapun akur dengan keadaan masyarakat masa kini yang banyak dipengaruhi oleh budaya lain dan menyebabkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat tidak dapat dilihat secara menyeluruh.

"Oleh kerana tahun ini adalah ulang tahun kemerdekaan ke-53, kita ingin lihat perubahan. Apa salahnya kalau kita sebagai pemilik bangunan beli bendera sehelai dan kibarkan? Ini terpulang kepada rakyat, kita tak dapat menjuruskan terus suasana pesanan tapi kita akan lihat bagaimana seruan ini sampai ke matlamatnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan