Deejay Lynn Teruja Rakam Lagu Raya

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lynn teruja dapat merakamkan lagu Raya dalam album Ceria Raya.
Lynn teruja dapat merakamkan lagu Raya dalam album Ceria Raya.

PENYAMPAI radio Suria FM Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lynn cukup teruja dengan kelahiran album Ceria Raya yang dinyanyikan oleh para penyampai Suria FM.

Menurut penyampai yang cukup popular menerusi segmen Suria Cinta itu, penghasilan album Raya berkenaan bukan sahaja sebagai buah tangan buat pendengar setia stesen radio itu, malah ia juga memberi peluang kepada penyampai-penyampai Suria FM menunjukkan bakat yang terpendam.

Lynn yang mengakui begitu minat menyanyi menyifatkan idea penerbitan album Ceria Raya yang dicetuskan oleh pihak pengurusan Suria FM itu sebagai satu idea yang baik dan positif.

"Saya memang minat menyanyi sejak dulu lagi. Selama ini pun saya kerap menyanyi di pusat karaoke bersama keluarga dan rakan-rakan. Apabila pihak pengurusan mencadangkan kepada kami (penyampai) untuk merakamkan lagu Hari Raya dalam album ini sudah tentu saya menyambut baik idea tersebut," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi pihak lain yang mungkin menganggap para penyampai Suria FM sebagai syok sendiri menerusi rakaman lagu-lagu Raya itu, Lynn bagaimanapun menyangkal tanggapan itu.

Sebaliknya, Lynn berkata, idea untuk menerbitkan lagu-lagu Raya yang dinyanyikan oleh barisan penyampai Suria FM bertitik-tolak daripada respons positif yang diterima daripada pendengar selepas mereka menyanyikan lagu pembukaan pada Konsert Kemuncak suria FM yang berlangsung di Dataran Putrajaya, akhir bulan lalu.

"Idea untuk penyampai-penyampai Suria FM merakamkan lagu Hari Raya ini ekoran respons yang positif serta permintaan daripada pendengar yang bertanyakan bila kami akan muncul dengan lagu sendiri.

"Berdasarkan tinjauan itu, pihak pengurusan merancang untuk menerbitkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh para penyampai Suria FM sendiri sebagai tanda penghargaan dan ole-ole kepada pendengar.

"Kebetulan pula sekarang ini bulan Ramadan, jadi kami merasakan adalah sesuai jika menghasilkan lagu Hari Raya untuk pendengar," katanya lagi.

Lagu Suria di Pagi Raya dinyanyikan oleh Halim Othman, Linda Onn dan Zizi manakala lagu Sebulan Berhari Raya pula dinyanyikan oleh Tuah, Myra, Naim, Bob, Lynn, Halim, Linda dan Zizi.

Album Ceria Raya yang diterbitkan hasil kerjasama Suria FM dengan NSR Records dan Tesco (M) Sdn Bhd itu memuatkan 10 buah lagu termasuk dua lagu baru yang disampaikan oleh para penyampai stesen radio itu.

Orang ramai boleh mendapatkan album itu dengan cara menebus resit pembelian barangan yang bernilai RM50 ke atas setiap kali anda berbelanja di Tesco Mall.

Tarikh penebusan resit itu bagaimanapun telah ditetapkan pada 28 dan 29 Ogos serta 4 dan 5 September 2010.

Peminat yang ingin mendapatkan album Ceria Raya perlulah menunggu tarikh tebusan resit seperti yang telah ditetapkan di seluruh cawangan Tesco Mall terpilih.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan