Benjy Takut, Keliru Ketika Ditangkap Polis

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun mengangguk faham, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sebenarnya tidak memahami kata-kata amaran yang dibacakan oleh seorang pegawai polis semasa dia ditangkap dalam satu serbuan dadah, Mac lalu.

Benjy, 32, yang memberi keterangan dalam bicara dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat, berkata, dia semasa itu berada dalam keadaan ketakutan, terkejut dan keliru kerana ditangkap.

Prosiding bicara dalam perbicaraan diadakan bagi menentukan sama ada jawapan Benjy yang menjawab ‘ada’ pada soalan sekiranya terdapat barangan salah disimpan di salah satu rumahnya diberikan secara sukarela ataupun tidak.

Dia menambah, semua perasaan itu menyebabkan dia tidak sedar dan gagal untuk memahami kata-kata amaran dan penjelasan yang diberikan oleh Asisten Superintenden Mohd Ashril Md Johar.

“Saya ada dengar polis berkata sesuatu, tetapi saya tidak tahu apa dan tak ingat apa yang diperkatakan. Saya hanya angguk kerana takut dan keliru. Saya hendak melawat anak, tiba-tiba kena tahan sebab dadah,” katanya

Anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty itu berkata demikian semasa disoal peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakilinya.

Selain itu, Benjy yang pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik itu berkata, perasaan takut juga menyebabkan dia tidak boleh untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Mohd Ashril.

“Bagaimana saya nak bertanya, saya sangat takut. Saya pun sudah takut hendak bertanya balik disebabkan ASP itu bercakap dengan nada keras dan kasar menggunakan perkataan ‘kau’ dan bukan awak,” katanya lagi.

Dia menambah, dia akan menumbuk (orang yang bercakap dengannya) jika bukan disebabkan Mohd Ashril adalah seorang pegawai polis.

Benjy yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor, juga tidak dapat menahan sebak semasa mengimbas permintaannya supaya gari yang dipakaikan dibuka bagi mengelakkan anaknya melihat dia dalam keadaan ditangkap polis.

“Saya minta gari dibuka sekejap sahaja, namun masih tidak dibuka. Setelah masuk ke rumah yang dibuka oleh Kak Su (pembantu rumah Indonesia), baru gari dibuka. Bagaimanapun anak saya telah melihat diri saya dalam keadaan bergari,” tambahnya.

Sementara itu, Mohd Ashril. 42, yang berkhidmat di Bahagian Operasi, Risikan dan Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dalam keterangannya pula menyatakan, bahawa Benjy menganggukkan kepala tanda faham selepas kata-kata amaran dibacakan.

“Saya juga telah membaca kata-kata amaran sebanyak dua kali dalam bahasa yang mudah difahami menggunakan Bahasa Melayu,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat.

Benjy sedang dibicarakan atas dua tuduhan memiliki dadah jenis syabu sebanyak 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru pada pukul 3 petang, 11 Mac lalu.

Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu memiliki 0.24 gram dadah yang sama pada pukul 4 petang hari yang sama di rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Haffiza Sauni bersambung Isnin ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan