Siti Nurhaliza Pertama Kali Rakam Lagu Bersama Dua Beradik

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza Production (SNP) melancarkan sebuah single Hari Raya terbaru berjudul Panggilan yang dinyanyikan sendiri oleh tiga beradik iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saida dan Siti Saerah.

Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Mohd Fedtri Yahya ini merupakan lagu Hari Raya pertama daripada trio adik beradik ini.

Menurut Datuk Siti Nurhaliza, kolaborasi adik beradik ini merupakan buah tangan istimewa mereka sempana Hari Raya Aidilfitri kali ini.

" Lagu Panggilan lebih catchy berbanding lagu raya saya sebelum ini. Lebih istimewa lagi ia dicipta oleh komposer Audi Mok dan lirik dari Fedtri. Biarpun rancak tetapi lagu ini ada elemen nasyid moden dan seiring dengan citarasa pendengar," ujarnya.

Jelasnya, lagu ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi gabungan suara bersama Saida dan Saerah.

"Ini merupakan kali pertama kami nyanyi bersama. Memang kami dah lama merancang tetapi kali ini alhamdulillah ia menjadi.

"Walaupun nada suara kami agak sama tetapi tone suara berbeza. Kalau dengar suara Saerah garau sedikit dan Saida lebih lembut. Bila disatukan dia sangat sedap didengar," katanya yang mempunyai lima buah lagu raya termasuk Panggilan.

Selain itu, lagu yang bakal keudara di radio ini juga dalam perancangan untuk dijual secara digital.

"Selepas ia dikeudarakan di radio, kita akan lihat maklum balas pendengar, jika banyak permintaan mungkin kami akan jual dalam bentuk digital dalam masa terdekat ini juga," ujarnya.

Sementara itu, bagi Siti Saidah dan Siti Saerah pengalaman pertama merakamkan lagu dengan komposer terkenal adalah peluang terbaik bagi mereka.

"Saya gembira kerana single pertama saya dicipta oleh komposer terkenal. Lagu ini sangat sedap didengar dan dinyanyikan bersama Siti Nurhaliza pula.

"Secara jujur saya sangat berdebar merakamkan lagu dengan dia. Biarpun kami adik beradik tetapi perasaan gementar tetap ada sehingga saya terpaksa menyuruh dia keluar dahulu ketika saya sedang rakaman," kata Saida.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan