Intan Sarafina Muncul Kembali

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaru Intan selepas menyepi sejak melahirkan anak pada 25 Oktober tahun lalu. - Foto oleh RAYMOND OOI
Wajah terbaru Intan selepas menyepi sejak melahirkan anak pada 25 Oktober tahun lalu. - Foto oleh RAYMOND OOI

SELEPAS melahirkan bayi sulungnya iaitu Megat Evan Raez pada 25 Oktober 2009, penyanyi dan pelakon Intan Sarafina, 28, ‘senyap’ seketika daripada industri seni tempatan.

Namun diam Intan bukan bermakna dia akan menamatkan kariernya terus sebaliknya kembali dengan single terbaru berjudul Kaulah Syurgaku pada tahun depan.

Mengikut perkiraannya, Intan tidak kisah sama ada masih diterima atau tidak dalam industri ini memandangkan dia mula rasa ‘terpinggir’ selepas melahirkan Evan, yang sekarang berusia sembilan bulan.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara itu tidak melemahkan semangatnya untuk kembali aktif. Jika tiada aral, mungkin dia akan membuat kemunculan semula pada tahun depan.

“Saya rasa semakin dilupakan dalam industri ini sebab itu kurang tawaran untuk persembahan dan tawaran berlakon langsung tiada. Mungkin kerana mereka ingat saya dah tak aktif atau berhenti terus. Tetapi saya rasa bagus juga sebab sekurang-kurangnya saya boleh menumpukan kepada anak.

“Sekarang ni anak semakin membesar dan boleh berjalan. Dia juga semakin lasak dan kadangkala membuatkan saya penat untuk melayan kerenahnya. Itu yang saya nampak lebih kurus sekarang,” katanya ketika ditemui di Menara Star, Rabu.

Bercerita tentang Kaulah Syurgaku, Intan berkata lagu yang telah siap dirakam tersebut dicipta oleh komposer baru, Zainal dan diterbitkan oleh Intan sendiri.

Menyentuh tentang perkahwinannya dengan Iskandar Ezzahuddin yang kini telah berusia hampir dua tahun, Intan bersyukur dengan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu yang dilaluinya itu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Bila dah ada anak, saya rasa tanggungjawab lebih lengkap dan melebihi daripada apa yang saya ada sebelum ini,” ujarnya yang pernah muncul dalam drama bersiri Suara Hati sekaligus menyanyikan lagu tema untuk drama itu pada dua tahun lalu.

Biarpun penat melayan kerenah Evan, Intan berkata kehidupannya cukup bahagia dan tidak menolak untuk menambah anak lagi selepas ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan