Saiz Badan Halang Cinta Nor Shuhaida

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON drama bersiri Dottie atau nama sebenar Norshuhaida Ab. Razak mengakui kurang keyakinan diri untuk bercinta disebabkan saiz badannya.

Malah gadis berusia 22 tahun ini memberitahu bahawa dia tidak yakin ada lelaki yang mahu menerimanya sebagai kekasih.

"Saya tidak pernah bercinta sejak dari bangu sekolah lagi. Saya tidak yakin ada lelaki yang boleh terima saya dalam keadaan seperti ini. Saya tidak mahu lelaki yang sekadar cuba ambil kesempatan kepada saya bukan benar-benar menerima saya seadanya.

"Lagipun dulu cinta saya pernah ditolak disebabkan saiz badan saya," katanya.

Sementara itu, Shuhaida turut memberitahu dia juga tidak gemar untuk membeli belah seperti rakan-rakan seusianya yang lain.

"Saya tidak suka 'shopping' sebab selalunya memang tidak ada baju yang sesuai untuk saya. Kalau ada yang saya minat sekalipun mesti tiada saiz. Sebab itu saya jarang untuk pergi membeli belah.

"Kalau ada terjumpa baju yang sesuai saya akan terus membelinya tanpa berfikir panjang. Baju-baju yang saya pakai ketika penggambaran semuanya bukan baju saya, sebab itu semua cantik-cantik belaka," ujarnya berseloroh.

Tambah Shuhaida, pembabitan dalam drama bersiri Dottie adalah satu percubaannya dalam dunia seni yang tidak pernah disangka.

"Ketika mendapat tahu tentang ujibakat mencari pelakon berbadan besar saya terus tekad untuk cuba, selama ini saya memang teringin untuk berlakon tetapi saya tidak tahu bagaimana ingin memulakannya.

"Sebelum ini saya tidak pernah pergi mana-mana uji bakat sebab saya tahu saya tidak layak dan takut jika tawaran ditolak," katanya.

Bagaimanapun, Shuhaida memberitahu dia selesa dengan keadaannya sekarang dan tidak terfikir untuk mengurangkan berat badan.

"Biarpun agak berisi tetapi saya sihat, saya akan kuruskan badan jika ia mengganggu kesihatan. Buat masa ini saya lebih selesa begini dan jika saya kurus mungkin saya tidak terpilih untuk watak Dottie," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan