Mel Gibson Terlibat Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto AP
Foto AP

PELAKON Hollywood, Mel Gibson (gambar) terlibat dalam satu kemalangan kecil selepas dia hilang kawalan ketika memandu kereta menyebabkan dia melanggar lereng bukit di Malibu, California.

Kereta jenis Maserati milik bintang filem The Braveheart itu terpaksa ditunda selepas kemalangan pada petang Ahad lalu.

Namun, Gibson tidak mengalami sebarang kecederaan malah dijemput oleh kawannya dari lokasi kemalangan.

Seorang jurucakap pelakon itu berkata: "Dia tidak apa-apa."

Menurut laporan California Highway Patrol (CHP), Mel Gibson sedang memandu bersendirian di jalan Malibu Canyon menuju ke selatan terowong.

Untuk sebab yang tidak diketahui, Gibson membelokkan kereta ke kanan dan menghentam lereng bukit.

Gibson, yang terlibat dalam perebutan hak penjagaan anak dengan bekas kekasih Oksana Grigorieva, menafikan kepada pegawai polis bahawa dia sedang bercakap menerusi telefon bimbitnya atau dia tertidur semasa memandu.

"Tidak ada simptom yang menunjukkan dia mabuk. Kami juga menolak andaian dia memandu kereta dengan laju berdasarkan kerosakan yang sederhana. Gibson cukup sedar dan memberikan kerjasama," kata jurucakap CHP, Leland Tang .

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan