Dayang Nurfaizah Selesa Hidup Bujang

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dayang Nurfaizah. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG
Dayang Nurfaizah. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG

PENYANYI Dayang Nurfaizah masih selesa hidup membujang kerana baginya, jodoh seseorang itu tidak boleh dicari tetapi ditentukan Tuhan.

Katanya, dia tidak akan terburu-buru untuk mencari cinta.

"Entahlah, mungkin belum lagi ditakdirkan. Malah saya tidak pernah impikan untuk berkahwin.

"Biarlah takdir yang tentukan. Buat masa ini, saya lebih gemar memberi tumpuan kepada kerjaya saya," katanya kepada mStar Online.

Dia ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak istimewa di One Bangsar, Selasa.

Seramai 115 kanak-kanak istimewa dari tiga rumah kebajikan berpeluang untuk berbuka puasa bersama penyanyi kesukaan mereka.

Kanak-kanak tersebut diundang dari Asrama Baitul Ummah, Pusat Pertuturan KIU dan PDK Selayang, Selangor yang bernaung di bawah Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.

Menurut Dayang, ini merupakan kali kedua dia mengadakan majlis berbuka puasa sedemikian.

"Saya rasa seronok melihat mereka gembira menyertai aktiviti ini," ujarnya.

Katanya, dia rasa bertanggungjawab untuk beramal kepada masyarakat.

Dayang menghiburkan mereka dengan lagu-lagu popularnya termasuk Dayang Sayang Kamu.

Dia dibantu oleh penari HMC Phlow, Omar K dan Zain Almohdzar.

Dayang mengajak kanak-kanak itu untuk menyanyi dan menari bersama-sama.

Di akhir majlis, Dayang, Nestle dan KL Sogo menyerahkan beg hadiah dan duit raya kepada golongan kurang bernasib baik itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan