Pierre Andre Akhirnya Jumpa David Teo Mohon Maaf

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pierre Andre
Pierre Andre

PETALING JAYA: Perbalahan di antara penerbit filem David Teo Chew Huat dengan pelakon dan pengarah filem Pierre Andre akhirnya kembali jernih sejak tiga bulan lepas.

Menurut David, ini ekoran kesediaan Pierre datang berjumpa sambil memohon maaf daripadanya.

"Dia beritahu dia terikut kata-kata orang sehingga menjadi 'anak derhaka' kepada saya sebelum ini. Saya telah memaafkan dia," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Sehubungan itu, David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG) berkata, dia telah menerima Pierre untuk berkhidmat dengan MIG.

Jelas David, ini bermakna Pierre telah diberi peluang untuk menyambung kontrak bagi melaksanakan tugas sebagai pengarah dengan syarikat produksi itu.

"Pierre akan berpeluang untuk mengarahkan filem-filem MIG pada masa depan yang telah dirancang," katanya.

Sebelum ini hubungan David dengan Pierre tegang apabila pelakon muda itu meninggalkan lokasi filem arahannya iaitu Jangan Tegur sehingga ia terpaksa digantikan dengan pengarah lain.

Sehubungan itu David meminta Pierre bertaubat selain menganggapnya seperti budak-budak serta “anak derhaka”.

Bagaimanapun beberapa bulan lalu Pierre mengatakan kesediaannya untuk meleraikan masalahnya dengan David dan kembali menjernihkan keadaan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan