Masalah Disiplin : Astro Panggil Farid Kamil Beri Penjelasan

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil (gambar) akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung kegagalannya untuk hadir menjayakan rakaman program Hari Raya berjudul Kampung Prima: Babak 105, terbitan Astro yang di adakan Jumaat lalu.

Pembantu Naib Presiden Unit Bakat dan Strategi, Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB), Norizan Abu Samah memberitahu pihaknya akan mengadakan perbincangan tentang perkara itu dalam masa terdekat.

"Saya telah diberitahu tentang hal tersebut oleh pihak Astro Prima tetapi belum berkesempatan untuk berbincang mengenainya lagi.

"Namun kami juga telah menghubungi Farid untuk dia hadir dan menjelaskan hal tersebut. Kita mengambil berat perkara ini kerana ia berkaitan dengan masalah disiplin artis," ujarnya ketika dihubungi mStar online.

Bagaimanapun, percubaan mStar Online menghubungi pelakon Lagenda Budak Setan itu gagal kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.

Sementara seorang pegawai perhubungan awam syarikat produksi Metrowealth yang dihubungi pula enggan memberi sebarang komen sehingga perbincangan dengan pihak Astro dilakukan.

Terdahulu pada sesi rakaman Kampung Prima : Babak 105, Farid yang memegang dua watak dalam drama itu tidak hadir sehingga menyebabkan pihak produksi terpaksa menukar skrip asal sitkom tersebut.

Penerbit Eksekutifnya, Nizam Hamid berkata perkara tersebut tidak seharuskan berlaku kerana ia telah menjejaskan rakaman yang sudah dirancang.

Farid merupakan salah seorang artis eksklusif Astro selain Lisa Surihani, Erra Fazira dan Aaron Aziz.

Masalah disiplin Farid sudah kedengaran sebelum ini apabila dia dikatakan sukar menjawab panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepadanya.

Akhirnya perkara tersebut terjadi kepada pihak Astro sendiri.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan