Sembilan Gadis Melayu Dipilih

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sembilan gadis bertuah telah dipilih untuk menyertai Gadis Melayu musim ketiga.

Rancangan realiti ini akan menemui penonton TV9 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula pada 27 Ogos ini.

Gadis Melayu tersebut ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah.

Lain-lain termasuk Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang.

Tiga peserta lain terdiri daripada Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.

Menurut Penerbit Eksekutif Gadis Melayu 3, Wan Sabariah Shikh Ali, sembilan gadis Melayu itu dipilih daripada ribuan yang menyertai sesi ujibakat di lima lokasi iaitu Kota Baru, Johor Baru, Sungai Petani, Plaza Alam Sentral dan Sri Pentas.

"Mereka perlu bersedia untuk meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon ikon Gadis Melayu ini.

"Peserta diberi tugasan seperti mengukur kelapa, menyediakan sambal belacan dan menata hias busana Melayu pada patung," katanya pada sidang media selepas pengumuman kesembilan peserta Gadis Melayu musim ketiga.

Majlis itu diadakan di restoran Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Petaling Jaya, Jumaat. Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin.

Wan Sabariah berkata, konsep Gadis Melayu kali ini adalah berbeza kerana tiada penyingkiran dilakukan.

Katanya, ini memberi peluang kepada mereka untuk memperkembangkan potensi diri masing-masing sepanjang perjalanan program selama tiga bulan.

"Ia lebih memfokus kepada pemilihan gadis Melayu yang terbaik dalam kalangan terbaik yang telah dipilih," ujarnya.

Gadis Melayu kini kembali dengan gabungan elemen tradisional dan kontemporari serta kandungan yang lebih menarik, informatif dan penuh dengan kejutan.

Untuk meraih gelaran Ikon Gadis Melayu 3, peserta bukan sahaja harus menitikberatkan tentang keanggunan dan imej gaya diri, malah pengetahuan dan kemahirannya dalam pelbagai aspek juga harus diasah dan digilap.

Mereka diberi tugasan setiap minggu meliputi aspek adat resam dan budaya, mempraktikkan kemahiran hidup, menghasilkan seni warisan bangsa, kecantikan dan perkahwinan.

Mereka juga bersama-sama TV9 dan penaja mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti keluarga daif, warga emas terpinggir dan yang kurang upaya.

Pemarkahan bagi setiap tugasan akan dinilai oleh juri sepenuhnya dan diterajui oleh Ezzah Aziz Fawzy selaku juri tetap.

Sementara dua juri lagi adalah merupakan juri jemputan dan akan bertukar setiap episod.

Manakala pelakon tampan, Mohd Ashraf Muslim dipertanggungjawab mengendalikan Gadis Melayu 3.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan