Lindsay Lohan Mungkin Dibebas Lebih Awal

Diterbitkan: Sabtu, 14 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

- Foto REUTERS
- Foto REUTERS

LINDSAY Lohan (gambar) mungkin boleh dibebaskan daripada pusat pemulihan lebih awal iaitu kurang dari 90 hari yang ditetapkan untuk dia menjalani hukuman, kata seorang pegawai mahkamah.

Danette Meyers, pendakwa dari pejabat LA County memberitahu media bahawa pelakon Mean Girls berkemungkinan besar akan meninggalkan Pusat Perubatan UCLA tanpa menjalani hukuman secara penuh.

Lohan kini telah menjalani hukuman penjara sebanyak 14 hari kerana melanggar peraturan semasa tempoh percubaan ekoran sabitan memandu di bawah pengaruh alkohol pada 2007.

Peguam Lohan, Shawn Chapman Holley berkata, anak guamnya dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam program pemulihan dan ingin kembali bekerja.

"Cik Lohan nampak baik. Dia nampak sihat. Pelanggan saya itu berharap untuk kembali bekerja selepas dibebaskan nanti," katanya kepada media.

Sementara itu, Meyer berkata, Lohan mungkin perlu melanjutkan rawatan pemulihan selepas dibebaskan.

"Apa yang saya faham dari perbualan dengan Shawn Chapman Holley adalah Cik Lohan mungkin boleh dibebaskan lebih awal daripada pemulihan," kata Meyers.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan