Othoe Cari Keserasian Dengan Lotter

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Othoe dan Lotter bergandingan mengendalikan program Suria Pagi Kinabalu. - Foto oleh RAYMOND OOI
Othoe dan Lotter bergandingan mengendalikan program Suria Pagi Kinabalu. - Foto oleh RAYMOND OOI

SEPANJANG dua tahun ini, penyampai Suria FM Othoe atau nama sebenarnya Andrew Impongan, 35, hanya mengendalikan program Suria Pagi Kinabalu yang dipancarkan menerusi frekuensi FM 105.9 untuk pendengar di Sabah seorang diri.

Namun, sejak tiga minggu lalu kehadiran penyampai baru, Lotter AF atau nama sebenarnya Lotter P Edwin Edin, 28, sebagai pasangannya menyebabkan Othoe berasa janggal mengendalikan program yang keudara selama empat jam bermula pukul 6 pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Bagaimanapun perasaan janggal itu dapat dihapuskan apabila hari demi hari dia cuba membentuk keserasian dengan Lotter memandangkan mereka berdua agak kelakar.

Malah dia menganggap Lotter tidak mempunyai masalah untuk bergelar penyampai radio kerana setakat ini naib juara Akademi Fantasia musim keempat itu mampu mengendalikan konti.

“Kami mempunyai kebebasan untuk bercakap tetapi masih terikat dengan garis panduan serta perkara-perkara yang dibenarkan dan tidak. Biasanya kami menggunakan bahasa Melayu Sabah dan istimewanya kadangkala kami juga mempraktikkan loghat 35 etnik Sabah.

“Tentang pemilihan lagu, sebanyak 90 peratus lagu yang diputarkan merupakan lagu-lagu artis Sabah yang berada di Kuala Lumpur dan di Sabah manakala selebihnya lagu artis Indonesia, lagu Inggeris dan lagu artis tempatan lain.

"Kesimpulannya, kami lebih mementingkan komuniti Sabah,” kata Othoe kepada mStar Online dalam satu sesi fotografi di Menara Star, Rabu lalu.

Menariknya tentang sambutan program itu, pemuda berasal dari Tuaran, Sabah ini berkata siaran Suria FM di Sabah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kebanyakan bangunan kerajaan dan stesen minyak di Sabah juga memilih untuk mendengar stesen radio itu.

Buktinya, Othoe mendapat maklum balas positif daripada orang ramai di Sabah setiap kali.

Malah laman sosial Facebook juga banyak membantu apabila lebih 19,000 orang yang telah menjadi rakan Suria FM dalam tiga akaun yang dibuka.

Othoe akui penyertaannya di Suria FM banyak memberi kesan positif kepadanya apabila dia diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang melantiknya sebagai Duta Bandaraya 2010/2011 bermula Mei tahun ini.

Selain itu, tahun ini merupakan tahun kedua lelaki berstatus bujang itu menjadi jurucakap untuk kempen Anti Pemerdagangan Orang di Sabah.

Dia bukan sahaja dikenali sebagai ‘Juara Sabah Menentang Pemerdagangan Orang’ malah dilantik AHDC dan ICMC Indonesia sepanjang Projek Membanteras Pemerdagangan Orang Rentas Sempadan Malaysia Indonesia 2010-2011.

Sebelum ini, Othoe mempunyai pengalaman sebagai pengacara majlis, deejay di kelab karaoke dan pusat membeli-belah sejak 13 tahun lalu.

Sememangnya dia bercita-cita untuk terlibat dalam dunia penyiaran terutama bergelar penyampai radio sejak 10 tahun lalu.

Buat masa ini Othoe dan Lotter bertugas di ibu pejabat Suria FM di Kuala Lumpur. Namun mereka dijangka akan berpindah ke studio baru di Kota Kinabalu, Sabah pada hujung tahun ini.

Suria Pagi Kinabalu juga boleh didengar secara dalam talian dengan melayari www.suriafm.com.my/suriapagikinabalu.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan