Michael Jackson Bersembunyi Di Terowong Elak Kakitangan - Berita Hiburan | mStar

Michael Jackson Bersembunyi Di Terowong Elak Kakitangan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson. - Foto AFP
Michael Jackson. - Foto AFP

PENYANYI mendiang Michael Jackson (MJ) pernah bersembunyi di sebuah terowong bawah tanah rahsia di konsert untuk mengelak bercakap dengan kakitangan, kata pelatih suaranya.

Pelatih terbabit Yvie Burnett yang mengajar Leona Lewis ketika dia memenangi Britain's The X Factor pada tahun 2006, berkata dia terkejut dengan tingkah laku MJ.

"Saya ingat suatu ketika dulu, saya bekerja dengan Michael Jackson dan dia membina terowong dari pentas ke bilik tukar baju. Dia merangkak ke dalam terowong putih yang besar itu supaya dia tidak perlu bercakap dengan kami, "katanya.

"Dia mungkin selebriti yang paling kasar kerana kami semua pergi menemuinya tetapi dia tidak akan bercakap dengan sesiapa pun, bahkan kru yang berada di sampingnya," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan