Priyanka Chopra Dilantik Duta UNICEF

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reaksi aktres Bollywood, Priyanka Chopra selepas dilantik sebagai Duta UNICEF di New Delhi, India, pada 10 Ogos 2010. - Foto AP
Reaksi aktres Bollywood, Priyanka Chopra selepas dilantik sebagai Duta UNICEF di New Delhi, India, pada 10 Ogos 2010. - Foto AP

SELEBRITI Bollywood, Priyanka Chopra, Selasa, dilantik oleh Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa, Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai Duta Nasional terbarunya.

Priyanka akan bertanggungjawab mempromosikan isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak anak dan remaja.

Ini juga bermakna dia mengikut jejak langkah artis terkenal seperti Amitabh Bachchan dan Sharmila Tagore dalam menyokong usaha-usaha UNICEF demi kesejahteraan anak-anak di India dan di seluruh dunia.

"Saya sangat berbesar hati dilantik sebagai Duta Nasional UNICEF bagi membantu membawa kesedaran terhadap hak-hak anak dan remaja," kata Priyanka dalam satu majlis di New Delhi.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya bekerja rapat dengan pasukan di UNICEF untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang terlibat. Dan saya sedar bahawa terdapat begitu banyak perkara yang perlu dilakukan. Saya berharap dapat membawa perubahan kepada kehidupan mereka," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan