Kecewa Kenyataan Akhil Hayy, Maizawati Tidak Reka Cerita

Diterbitkan: Khamis, 12 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maiza dan Yassin bernikah pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak. - Foto Utusan
Maiza dan Yassin bernikah pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak. - Foto Utusan

PETALING JAYA: Maizawati Zainal, 35, atau Maiza berasa agak kecewa dengan kenyataan bekas suaminya penyanyi Akhil Hayy yang mendakwa kononnya tidak dijemput menghadiri majlis nikah di antara dia dengan Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, yang berlangsung di Ipoh, Perak pada Isnin lalu.

Menurut Maizawati, dia ada menjemput penceramah bebas itu melalui anak mereka iaitu Siti Nor Maisarah,13, dan bukannya mereka-reka cerita seperti yang didakwa oleh lelaki tersebut.

“Saya tanya kepada Maisarah, abah datang tak? Dia jawab abah sibuk lagipun Wawa (Waheeda) tak berapa sihat. Terus-terang, saya tak reka cerita dan ada sampaikan kepada anak saya supaya mengajak abahnya datang ke majlis nikah saya.

“Selepas kami bercerai, dia (Akhil) menggunakan nombor telefon baru jadi kami tidak pernah berhubung selepas itu. Tetapi saya ada juga menjemputnya secara terbuka melalui akhbar,” ujar Maiza kepada mStar Online.

Isu berkenaan menjadi kecoh apabila Maizawati dikatakan mengundang Akhil ke majlis perkahwinannya tetapi dinafikan oleh penceramah bebas itu.

Dalam sebuah akhbar kata Akhil dia hanya mengetahui berita pernikahan bekas isterinya melalui seorang teman dan adalah mustahil untuk dia menghadiri majlis berkenaan kerana tidak dijemput.

Malah dia juga kecewa apabila Maizawati membuat kenyataan tanpa usul periksa dengan mengatakan isterinya iaitu penyanyi Waheeda sakit yang menyebabkan dia tidak dapat menghadiri majlis tersebut.

Katanya, dua anak mereka yang tinggal bersamanya hanya dihubungi pada saat-saat akhir agar dihantar ke Ipoh tetapi bukan diuruskan oleh Maizawati sendiri tetapi melalui abang Akhil.

Menjelaskan hal itu, Maizawati akui dia tidak dibenarkan berhubung secara langsung jika mempunyai apa-apa urusan dengan bekas suaminya.

“Apa-apa hal, saya diarahkan berhubung melalui abangnya dan dia sendiri mahu mesej saya dihantar melalui nombor telefon abang dia.

“Kalau boleh saya tak nak cakap banyak dan panjangkan isu ini lagi kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Kenapa kami perlu bergaduh. Yang lepas biarkan berlalu. Buka buku baru,” tuturnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan