Siti Ambil Peluang Berehat Sepanjang Ramadhan

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti menggayakan kaftan rekaan Rizman Ruzaini di majlis pelancaran koleksi kaftan raya 'Eid ul-fitr' di Restoran Istana Bambu pada Khamis lalu. - Foto oleh RIZMAN RUZAINI CREATIONS
Siti menggayakan kaftan rekaan Rizman Ruzaini di majlis pelancaran koleksi kaftan raya 'Eid ul-fitr' di Restoran Istana Bambu pada Khamis lalu. - Foto oleh RIZMAN RUZAINI CREATIONS

JIKA bulan puasa tahun-tahun sebelumnya, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza sibuk dengan aktiviti seninya, berlainan dengan bulan puasa tahun ini di mana dia berpeluang menggunakan masanya untuk berehat.

Penyanyi berusia 31 tahun itu juga mengambil masa yang ada untuk menumpukan masa sepenuhnya untuk menjalankan ibadat puasa dengan lebih sempurna.

Difahamkan, wanita berasal dari Kuala Lipis, Pahang telah merancang untuk bercuti daripada aktiviti seni bukan sahaja sepanjang bulan puasa ini malah sehingga hujung tahun ini.

Katanya, selepas ini dia akan memperluaskan perniagaan SimplySiti dengan menghasilkan rangkaian produk terbaru iaitu produk penjagaan badan dan wangian.

“Memandangkan semua program Raya telah selesai dirakamkan, jadi saya tidak sibuk pada bulan puasa ini. Tetapi mungkin juga saya akan meluangkan masa jika ada jemputan berbuka puasa di luar.

“Sementara itu, syarikat saya, Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd (SNP) berkemungkinan besar akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Selebihnya, saya akan berehat di rumah,” katanya semasa ditemui di Restoran Istana Bambu, Ampang, Khamis lalu.

Jelas Siti, dia amat menanti-nantikan bulan puasa pada setiap tahun memandangkan bulan ini hanya datang sekali setahun.

Bukan sahaja bulan ini digunakan untuk melakukan amal ibadah dan jariah, malah mendatangkan kebaikan kepada tubuh badannya selain merasai kemeriahan berbuka puasa dan bersahur.

Bercerita tentang bazar Ramadhan, Siti berkata dia jarang berkunjung ke bazar melainkan jika ada juadah yang diinginkan sebagai kelainan berbuka puasa.

“Kali terakhir saya ke bazar Ramadhan adalah dua tahun lalu. Biasanya, saya suka beli ayam percik dan murtabak. Jika saya pergi ke bazar, peminat tak tahu kita ke sana, jadi saya berjalan dan membeli seperti biasa.

“Tetapi bila peniaga sudah perasan, ramailah yang akan melaungkan nama saya untuk datang ke gerai mereka. Bila dah lama tak pergi bazar, rasa rindu juga sebenarnya. Kadangkala, saya rasa nak pergi tapi terpaksa tahan perasaan,” ceritanya sambil tertawa.

Apabila di rumah, sekali-sekala dia akan turun padang menyediakan juadah berbuka puasa seperti lauk ikan patin masak tempoyak. Jika tidak, dia akan menyerahkan tugasan itu kepada tukang masak.

Bersempena dengan bulan puasa ini, Siti mempunyai hadiah istimewa untuk para peminatnya. Mereka boleh mendengarkan single Hari Raya berjudul Panggilan nyanyian Siti dan kakaknya, Siti Saida manakala ciptaan oleh komposer Audi Mok yang akan diputarkan di corong radio. Lagu tersebut berentak nasyid moden.

Menyentuh tentang produk SimplySiti, penyanyi popular dengan lagu Ku Percaya Ada Cinta itu turut mengeluarkan koleksi kosmetik terbaru istimewa untuk musim perayaan.

“Insya-Allah, kosmetik yang menampilkan warna-warna baru dinamakan gold edition itu akan berada di pasaran pada bulan Ramadhan ini di Watson dan Jusco,” ujarnya.

Isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu berkata dia dan suami akan meraikan ulang tahun keempat perkahwinan mereka pada 21 Ogos ini dengan mengadakan kenduri doa selamat di samping mengambil keberkatan bulan Ramadhan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan