Menarik Di Suria FM Sepanjang Ramadhan Ini

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

STESEN radio Suria FM meneruskan tradisi di bulan Ramadhan tahun ini dengan mengadakan kembali gerai jualan 'Juz Jumbo Suria FM'.

Perbezaan untuk tahun ini, Juz Jumbo Suria FM tidak hanya bertapak di Lembah Kelang sahaja malahan akan berada beberapa buah negeri dan berubah setiap minggu.

Antara destinasi pilihan Juz Jumbo Suria FM ialah Tapak Bazaar Jalan Raja Alang, Kg. Baru pada 13, 14 dan 15 Ogos, Tapak Bazar Bandar baru Uda, Johor Baru (20, 21 dan 22 Ogos ), Tapak Bazaar Kamunting, Taiping (27, 28 dan 29 Ogos) dan Tapak Bazaar Temerloh, Pahang (3, 4 dan 5 Ogos).

Gerai Juz Jumbo Suria FM adalah hasil kerjasama diantara Suria FM dan juga Permanis Sandilands Sdn Bhd.

Tiket 'Jom Balik Kampung'

Jom Balik Kampung merupakan peraduan yang dianjurkan oleh Suria FM setiap tahun khas untuk pendengar setia Suria FM. Peraduan ini memberikan peluang kepada pendengar Suria FM untuk pulang ke kampung meraikan hari raya dengan memberikan tiket bas percuma di samping duit raya dan cenderahati dari penaja.

Beberapa buah bus disediakan untuk ke destinasi pilihan seperti Kuala Terengganu, Kota Baru (Kelantan), Johor Baru (Johor), Sg.Petani ( Kedah ), Alor Setar,(Kedah) dan Kota Tinggi ( Johor ). Tarikh dan tempat berkumpul akan di beritahu kepada pemenang dan mereka tidak perlu bimbang untuk membeli tiket bas pulang ke kampung.

Pendengar Suria FM hanya perlu mendaftarkan diri mereka di laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my . Mereka yang terpilih akan dihubungi oleh staf Suria FM untuk mendapatkan maklumat lebih dan sebagai pengesahan.

Peraduan ni merupakan kerjasama Suria FM dan tajaan dari Ambi Pur, Permanis ( Tropicana Twister), Syahirah dan Minyak Masak Saji.

CD Album Raya

Suria FM akan melancarkan album raya hasil nyanyian kesemua penyampai Suria FM iaitu Halim Othman, Zizi, Myra, Bob, Naim,Linda Onn, Tuah Zoqarnain dan juga DJ Lin.

Album tersebut mengandungi dua buah lagu nyanyian penyampai Suria FM dan selebihnya adalah lagu raya nyanyian artis lain. Album ini merupakan kerjasama di antara Suria FM, NSR Records dan juga Tesco.

Untuk album ini juga, Suria FM akan mengadakan tour di beberapa Tesco pilihan di semenanjung Malaysia sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tesco Merdeka

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-53, Suria FM dan Tesco akan mengadakan satu peraduan ‘Mengira Jalur Gemilang’. Beli barang bernilai RM40 ke atas dalam satu resit dari mana-mana kedai penyewa ( Kecuali pasar Hyper Tesco dan Medan Selera) dan kepilkan di dalam borang penyertaan. Anda mungkin merupakan salah seorang pemenang dari sejumlah RM10,000 baucer Tesco untuk dimenangi.

Selain memenangi RM10,000 baucar hadiah Tesco, pemenang utama juga berpeluang memenangi computer riba sekiranya terdapat cop Suria FM di resitnya yang mana cop itu boleh diperolehi hanya dari Krew Suria Wheels yang akan membuat lintasan eksklusif di beberapa cawangan Tesco seluruh semenanjung yang dipilih.

Peraduan ini akan bermula dari 1 Ogos 2010 dan berakhir pada 29 Ogos 2010.

Untuk mengetahui waktu dan lokasi Krew Suria Wheels membuat lintasan eksklusif itu, layari www.suriafm.com.my.

Telefon Ramadhan CSL

Pendengar setia Suria FM berpeluang untuk memenangi telefon CSL Blueberry dengan menyertai kempen ini yang akan berlangsung bermula dari 9 Ogos hingga 6 September tahun ini dari jam 9.00 hingga 9.30 setiap hari Isnin- Jumaat.

Cara untuk menyertainya ialah Halim Othman dan Zizi akan membacakan teks yang dinamakan ‘21 fakta tentang CSL’. Pendengar perlu fokus mendengar dan menaip semula semua ayat yang dibacakan oleh mereka dan hantarkan ke 33988. Siapa yang paling pantas dan betul ayatnya akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan dihubungi setelah seketika dan dikeudarakan sebagai pengumuman pemenang.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan