Black Rangka Strategi Berniaga Ramadan

Diterbitkan: Rabu, 11 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JUARA mentor musim ke3, Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black mengakui mempunyai taktik tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan datang membeli di gerainya.

Dia yang membuka gerai menjual pelbagai jenis air dan tembikai pada setiap kali datangnya bulan Ramadan memeberitahu sering menarik perhatian dengan suasana gerai yang meriah berbanding gerai-gerai lain.

"Saya sudah biasa dengan suasana berniaga, jadi bagi saya dalam perniagaan kita perlu lain daripada lain. Apa yang penting cara kita berkomunikasi dengan pelanggan penting. Itu yang buat mereka datang semula gerai kita.

"Selain itu, gerai saya sudah memang dikenali dengan bising dan suasana kecoh, kami macam perang mulut untuk panggil pelanggan antara satu kedai dengan kedainya lain.

"Bila suasana begini orang akan datang dan tenggok apa yang berlaku," ujarnya yang berniaga di Bazar Ramadan Kerinci.

Dalam pada itu, Black turut mengakui rezeki perniagaannya pada bulan Ramadan lebih murah sejak menjadi artis.

"Ini merupakan tahun kedua saya berpuasa sebagai artis, tapi bagi saya sama sahaja, saya tidak pernah rasa malu untuk menjual pada bulan Ramadan, malah sejak menjadi artis lebih ramai kawan-kawan yang datang membeli.

"Tidak dinafikan lebih ramai yang kenal dan ramai juga yang singgah sebab nak ambil gambar," ujarnya.

Black juga memiliki sebuah butik di Bandar Permaisuri Cheras yang menyediakan pakaian lelaki dan perempuan siap dipakai yang dibuka awal tahun lalu.

"Disebabkan saya suka berniaga, jadi saya buka sebuah butik pakaian. Pada awalnya nak buka kedai makanan tapi takut risiko lebih besar.

"Sekarang diuruskan oleh rakan saya, Alhamdulilah nampaknya dah mula ramai pelanggan," katanya.

Sementara itu, Black juga bakal keluar dengan album terbarunya pada akhir tahun ini dengan memuatkan lima lagu berjudul nama wanita.

"Masih dalam proses lagi, selain Sofea Jane, Gina, Natalia, Dewi Alia dan sebuah lagu belum diberi nama. Sebuah lagu bonus bejudul Aku Rindu Sayang Kamu juga dimuatkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan