Ziana Zain & Mohd Nyanyi Lagu Rap

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Ziana Zain dan protegenya, Mohd menyanyikan lagu rap semasa rakaman Mentor Raya 2010. - Foto oleh ALIF FARHAN
Ziana Zain dan protegenya, Mohd menyanyikan lagu rap semasa rakaman Mentor Raya 2010. - Foto oleh ALIF FARHAN

TELATAH dan celoteh setiap mentor dan protege dalam Mentor Raya 2010 pastinya akan menceriakan Hari Raya Aidilfitri buat penonton setia TV3.

Penyanyi dan pelakon Ziana Zain akan menyanyi lagu rap dengan protegenya, Mohd manakala Mas Idayu dan protege, Shaq tampil dengan melakonkan semula gaya mentor dan protege lain.

Bukan itu sahaja, penonton akan terus tertawa dengan Mus (May) dan protege, Ayim menyampaikan lagu raya secara Rock dengan mengubah lirik lagu asal..

Selain itu tentu menghiburkan persembahan lakonan Azmeer dan protege, Nani, tarian Zapin oleh Joe Flizzow dan protege, Ila dan Dikir Barat daripada Dayang Nurfaizah dan protege, Adi.

Menurut pengarah dan penerbit Mentor, Mohamad Sufian Isa, episod istimewa selama satu jam itu akan memaparkan bakat terpendam sifu dan protege masing-masing.

"Program ini berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan. Para penonton bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada gandingan hebat mentor dan protege serta segmen 'game show' yang penuh dengan kejutan.

"Tidak dapat dinafikan bahawa mentor dan protege sudah rapat dan mesra ibarat ahli keluarga, jadi keserasian mereka telah mewarnai Mentor Raya 2010," katanya mengenai program yang dirakamkan pada Rabu lalu di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Sesi rakaman Mentor Raya 2010 dimulakan dengan persembahan lagu raya 'Selamat Hari Raya' versi Datuk Ahmad Jais oleh Adi, Shaq, Ayim dan Mohd.

Seterusnya Shaq mendendangkan lagu Waktunya Berhari Raya bersama Mas Idayu. Selepas itu, Nani, Ila, Ziana Zain, Mas Idayu dan Dayang menyanyikan lagu Suasana Di Hari Raya.

Rakaman tersebut diakhiri dengan lagu Suasana Di Hari Raya versi Anuar Zain dan Elina oleh semua protege.

Mentor Raya 2010 dihoskan oleh Ally Iskandar.

Ia akan disiarkan pada 19 September pukul 9 malam di TV3.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan