Ujian Air Kencing Ameng Spring Tidak Silap

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang mengambil spesimen air kencing penyanyi kumpulan Spring, Ameng memberitahu Mahkamah Majistret di sini Selasa, bahawa keputusan ujian yang dilakukannya tidak akan tersilap.

Lans Koperal Norazman Mohamed, 46, yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, di sini, berkata, keputusan ujian yang dilakukan di balai polis itu adalah 100 peratus tepat.

“Saya menyuruh tertuduh untuk mengambil spesimen air kencing. Selepas diambil, saya memasukkan ujian pengesan dadah. Selepas lima minit, batang ujian itu menunjukkan satu garisan iaitu positif,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui jika ujian yang dilakukan di makmal melibatkan spesimen yang sama boleh menunjukkan keputusan yang berbeza.

Norazman berkata demikian semasa disoal oleh peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman yang mewakili Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail.

Saksi juga memberitahu, beliau melihat sendiri bagaimana spesimen air kencing itu diambil.

“Saya mengarahkan tertuduh untuk mengambil botol kosong bagi diisi air kencing. Saya berdiri kira-kira 2 kaki (0.6 meter) daripada tertuduh semasa proses tersebut,” kata Norazman.

Dalam kes ini, Ameng sedang dibicarakan atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya pada pukul 3.45 petang, 2 April lalu di IPD Sentul.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bougenvilla itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut pada 12 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias dan perbicaraan yang berjalan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir bersambung 17 Ogos ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan