Pemergian Seniwati Mariam Satu Kehilangan Besar - Rais

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemergian seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum adalah satu kehilangan besar bagi persada filem Melayu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Ini adalah satu berita sedih sebenarnya sebab saya sendiri kira-kira sebulan yang lalu ke Singapura untuk bertemu dengan beberapa orang pelakon yang merupakan artis negara kita semenjak tahun 40-an hingga 60-an.

"Saya bertemu S. Shamsudin (pelakon komedi terkenal filem Melayu) tapi saya tak sempat bertemu dengan Allahyarham Mariam. Saya masih ingat bahawa sumbangan beliau dalam pelbagai filem hitam putih diminati oleh masyarakat kita. Beliau dengan adiknya (seniwati) Saadiah memang merupakan 'starlet' pada tahun-tahun 50-an," katanya, Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran "Zulkifli Yusoff: Negaraku" di Balai Seni Lukis Negara di sini.

Rais juga berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dapat mengumpul sumbangan bagi membantu keluarga Allahyarham Mariam.

"Saya akan pohon supaya tabung kebajikan Seniman kita dapat kita gerakkan hari ini dan esok supaya dapat menyumbang (kepada keluarga Allahyarham)," katanya.

Mariam atau lebih dikenali dengan panggilan Mariam Tahi Lalat di kalangan peminatnya, meninggal dunia di rumahnya di Singapura kira-kira pukul 5.50 pagi ini akibat sakit tua. Allahyarham berusia 75 tahun.

Selain pernah berlakon bersama seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem 'Anjuran Nasib' pada 1952, ibu kepada penyanyi terkenal Singapura Rahimah Rahim itu juga pernah berlakon dalam filem seperti 'Aloha' (1950), 'Dewi Murni' (1950), 'Kembar' (1950), 'Aladdin' (1952), 'Kipas Hikmat' (1955), 'Abu Hassan Penchuri' (1955) dan 'Antara Dua Darjat'(1960). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan