"Butik Gulung Tikar Bukan Kerana Bankrap" - Ekin

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nora’Asikin Rahmat atau Ekin menolak tuduhan sesetengah pihak yang menuduh dia dan Mawi mengalami zaman kejatuhan atau hampir bankrap sehingga butik mereka di Danga Bay, Johor Bahru terpaksa di tutup sejak Julai lalu.

Ekin yang dihubungi mStar Online berkata, butik pakaian busana muslim itu terpaksa ditutup kerana lot kedai yang disewa selama setahun telah tamat tempoh.

“Lagipun sejak perniagaan tersebut dibuka, sambutannya agak kurang memberangsangkan. Jalan terbaik lebih elok ia ditutup sahaja selepas kontrak sewa kedai tamat,” katanya, Selasa.

Ekin menjelaskan dia agak kecewa apabila timbul desas-desus kononnya ada pihak yang menuduh faktor kejatuhan populariti Mawi antara penyebab perniagaan berkenaan gulung tikar.

Ujarnya kawasan tempat perniagaan tersebut tidak strategik selain banyak persaingan daripada kedai-kedai berdekatan.

Faktor itu membuatkan dia dan Mawi mengambil keputusan untuk menutup sahaja butik tersebut dan akan memindahkannya ke Bangi, Selangor secara berperingkat.

“Sekarang saya dan Mawi sedang mencari lot-lot kedai yang sesuai kerana kami akan membuka butik berkenaan di kawasan sekitar Bangi. Ia lebih mudah kerana saya pun tinggal di Kuala Lumpur. Senang nak uruskan perniagaan berbanding sekarang ini saya menyerahkan kepada saudara saya untuk menjaganya,” kata Ekin.

Menurutnya walaupun bisnes berkenaan ditutup tetapi dia dan Mawi ada menjalankan perniagaan lain iaitu menyewakan tapak gerai di Medan Selera Rambai-Rambai yang terletak berdekatan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Katanya, perniagaan berkenaan amat memberangsangkan kerana pelbagai makanan istimewa Johor turut dijual di sana selain Mawi sendiri membuka gerai menjual air.

Selain itu katanya, sempena Ramadan yang akan menjelma Ekin akan mencari tapak bazar Ramadan di Johor Bahru untuk meneruskan aktiviti pada tahun lalu dengan menjual jubah dan baju kurung.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan