Alif Aziz Bimbang Populariti Musnah Kerana Kerahan Tenaga

Diterbitkan: Selasa, 10 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI berasal dari Singapura, Alif Aziz mengakui tertekan memikirkan kerjaya seninya semakin perlahan berbanding tahun lalu.

Ia disebabkan Aliff terpaksa menolak beberapa tawaran disebabkan dia terpaksa menjalani program kerahan tenaga, Perkhidmatan Negara Singapura sejak September tahun lalu.

Ia diadakan selama dua tahun yang merupakan latihan wajib bagi rakyat Singapura.

"Saya tertekan bila saya fikir tentang kerja saya, banyak tawaran dan promosi yang saya terpaksa tolak. Memang saya tahu dua tahun adalah satu tempoh yang agak lama dan akan membuatkan orang lupakan saya.

"Saya perlu bekerja keras untuk kembali semula seperti dulu. Saya sedar sekarang nama saya sudah mulai tenggelam dan single terbaru saya berjudul Cinta juga kurang promosi," katanya.

Jejaka berusia 19 tahun ini memberitahu bakal berpindah ke Malaysia sejurus tamatnya program tersebut untuk mengembalikan semula namanya di persada muzik Malaysia.

"Insya-Allah perancangan saya adalah untuk pindah dan menetap di Malaysia, saya nampak masa depan saya di sini. Entah kenapa saya rasakan terlalu dekat dengan Malaysia dan sayangkan Malaysia.

"Bagi saya banyak peluang untuk bina kerjaya di sini berbanding di negara saya," katanya ketika ditemui di Majlis Minum Petang bersama artis-artis Sony Music, Sabtu lalu.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-sayang ini, dia juga banyak meminta pendapat dari rakan artis lain terutamanya yang berasal dari Singapura dan telah berpindah ke Malaysia.

"Ramai yang beri pendapat agar saya pindah jika mahu betul-betul serius dalam nyanyian. Namun saya ambil keputusan untuk pindah kerana saya benar-benar pasti dengan peluang untuk berkarya lebih bebas di sini.

"Ibu bapa saya tidak ada halangan, malah mereka sendiri mengalakkan saya agar pilih jalan hidup yang benar-benar saya inginkan," jelasnya.

Bercerita tentang Single terbarunya berjudul Cinta, Aliff akui sangat kecewa kerana kurang promosi menyebabkan lagu tersebut tidak mendapat sambutan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan