Tuah Nabil Sekali Lagi Di China - Berita Hiburan | mStar

Tuah Nabil Sekali Lagi Di China

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nabil sempat bergambar kenangan ketika berkunjung ke Kunming, China, baru-baru ini. - Foto ihsan Alibi Music
Nabil sempat bergambar kenangan ketika berkunjung ke Kunming, China, baru-baru ini. - Foto ihsan Alibi Music

MEMANG tuah dan jodoh penyanyi Nabil Zamanhuri atau Nabil 'kuat' di negara China. Buktinya, dalam masa tiga bulan sahaja penyanyi lagu Halimunan ini sudah tiga kali berulang-alik ke negara itu bagi menyertai pertandingan nyanyian dan memenuhi undangan di sana.

Pada Mei lalu, Nabil telah menempa kejayaan apabila memenangi dua anugerah di Shanghai Muzik Festival 2010 di Beijing, China. Sekembalinya ke tanah air, naib juara program realiti Mentor musim pertama itu sekali lagi diundang untuk mengadakan persembahan di sebuah stesen TV Yunnan buat kali kedua pada awal Jun lalu.

Terbaru, tuah sekali lagi menyebelahi Nabil apabila diundang oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Negara China dengan kerjasama PRISM Malaysia menyertai Asian Culture and Art Festival di Kunming, China pada 22 hingga 27hb Julai lalu.

"Syukur kepada Tuhan, usaha saya mendapat sambutan di luar jangkaan dan diterima oleh negara luar. Peluang berjumpa dan mengenali karyawan muzik di sana merupakan satu pengalaman yang begitu berharga.

"Sewaktu di sana kami telah diterima dan dilayan dengan baik sekali. Saya telah mendendangkan lagu hasil ciptaan sendiri bersama Lah Ahmad iaitu Dari Jauh yang merupakan lagu kesukaan peminat-peminat di China.

"Saya amat bangga kerana di antara 3 buah negara (Sri Lanka, Filipina dan Thailand), Malaysia telah terpilih untuk membuat persembahan di sana," katanya.

Sementara itu, pengurus Nabil Productions, Fatimah Abdullah berkata, "Kemungkinan besar kami akan bekerjasama dengan pihak label di China untuk menghasilkan lagu berbahasa Cina. Ia masih dalam proses perbincangan di antara pihak pengurusan dan pihak atasan. Di samping itu, ia dapat menguatkan lagi hubungan persahabatan antara Malaysia dan China."

Pada Mei lalu Nabil telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival apabila memenangi 2 anugerah iaitu Naib Juara Lagu Terbaik untuk lagu Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan Nabil (kategori lagu) dan anugerah Penyanyi Harapan Asia 2010.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan