Seniwati Mariam Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum 75 (gambar), iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya di sini pagi, Isnin.

Menurut ahli keluarganya kepada Bernama, Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Films Production di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua. Dia meninggal dunia di kondominiumnya di Yishun pada kira-kira 5.50 pagi.

Allahyarham Mariam adalah kakak kepada seorang lagi primadona filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Allahyarham Datuk Ahmad Daud.

Mariam juga ibu kepada pelakon cilik filem "Batu Belah Batu Bertangkup" Allahyarham Bat Latiff.

Mariam atau lebih dikenali dengan panggilan Mariam Tahi Lalat di kalangan peminatnya dilahirkan di Singapura pada tahun 1935, dan pernah berlakon bersama seniman agung Allahyarham P.Ramlee dalam filem "Anjuran Nasib" arahan B. S. Rajhans pada 1952.

Melalui filem ini Mariam telah memenangi gelaran 'Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua' oleh Filem Raya Magazine pada 1953 dan juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu tahun lepas.

Bekas pelayan restoran sebelum menceburi dunia perfileman itu pernah berlakon dalam filem seperti "Aloha" (1950), "Dewi Murni" (1950), "Kembar" (1950), "Aladdin" (1952), "Kipas Hikmat" (1955), "Abu Hassan Penchuri" (1955) dan "Antara Dua Darjat" (1960).

Antara pelakon yang seangkatan dengan Mariam ialah Kasma Booty, Osman Gumanti, Datuk Mustapa Maarof, pelawak S. Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.

Allahyarham meninggalkan enam anak daripada dua perkahwinan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan