Maslina Nasir Tertarik Dengan Lakonan Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTRES baru, Maslina Nasir (gambar) mengakui tertarik dengan lakonannya sebagai Ayu dalam drama bersiri Lagenda Budak Setan.

Menurut pelakon berusia 20 tahun itu yang ditemui pada majlis pra-tonton siri tersebut di Bukit Bintang, Isnin lalu, lakonannya tidaklah seteruk mana dan dia tidak sabar menantikan reaksi penonton.

Dia yang mesra dengan panggilan Mas itu pernah berlakon dalam empat buah drama dan cuba menggunakan pengalaman yang ada untuk menghayati watak utama yang sebelum ini disandang oleh Lisa Surihani.

Lisa melakonkan watak Ayu dalam filem yang diadaptasi daripada novel Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah.

"Siri ini merupakan percubaan saya yang keempat selepas kali pertama berlakon watak ekstra dalam drama bersiri Kasut Tumit Tinggi. Seterusnya saya berlakon dalam drama Mat & Ginseng, Gerak Khas menerusi episod Geng Ragut dan siri Akademi Polis.

"Untuk siri ini, saya cuba memahami karakter dengan membaca novel sekali dan skrip banyak kali. Pengarahnya, Along Kamaruddin juga banyak memberikan bantuan dan dorongan untuk saya membawakan watak Ayu sebaik mungkin," ujarnya yang berasal dari Kota Baru, Kelantan itu.

Bercerita tentang percubaannya itu, Maslina berkata dia melalui ujibakat setelah mendapat tahu daripada laman web sosial Facebook.

"Kawan saya di Facebook kata ada ujibakat untuk mencari wanita yang mirip dengan Jue Aziz untuk membawakan watak Ayu.

"Selepas itu, saya terus menghantar gambar dan mereka terus memanggil untuk menghadiri ujibakat. Mungkin mereka nak cari muka baru," ujarnya lagi.

Selepas ini, dia mengimpikan untuk berlakon filem seterusnya berjaya dalam bidang lakonan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan