Lisdawati, Fauzi Kumpul Duit Beli Rumah Sejak Bertunang

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisadwati (kiri) dan suami fauzi Nawawi.
Lisadwati (kiri) dan suami fauzi Nawawi.

IMPIAN pelakon Lisdawati untuk memiliki sebuah rumah hasil titik peluhnya dan suami Fauzi Nawawi tercapai dengan memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Cheras.

Dia yang baru sahaja berpindah bulan lalu memberitahu telah mengambil masa yang agak lama bagi mengumpulkan hasil pendapatan mereka untuk memiliki rumah idaman itu.

"Saya memang sudah lama memasang impian untuk ada teratak saya sendiri yang selesa untuk seisi keluarga. Alhamdulilah setelah lama mengumpul hasil daripada pendapatan saya dan suami kami mampu memiliki rumah tersebut.

"Biarpun bukanlah rumah banglo besar tetapi cukup selesa bagi kami sekeluarga. Perancangan untuk beli rumah ini sejak dari kami bertunang lagi, saya dan suami mengumpul sedikit-sedikit untuk itu" ujarnya yang membeli rumah bernilai lebih RM500,000 ribu itu.

Dalam pada itu, Lisda turut memberi saranan kepada artis-artis muda yang sedang laris dengan tawaran lakonan atau nyanyian agar menggunakan pendapatan mereka dengan membeli aset untuk jaminan masa hadapan.

Menurutnya, segelintir daripada artis tidak peka untuk menggunakan hasil pendapatan dari lakonan atau nyanyian mereka untuk pelaburan hari tua.

"Saya tengok ramai artis-artis kita tidak bijak menguruskan hal-hal berkaitan kewangan mereka, kebanyakannya lebih suka menggunakan hasil pendapatan yang mereka untuk membeli kereta atau perkara-perkara yang tidak perlu.

"Sebagai artis kita tidak ada pendapatan tetap atau simpanan seperti KWSP, tapi saya tahu pendapatan yang mereka terima bukan sedikit. Saya sarankan mereka beli rumah atau aset-aset lain untuk simpanan hari tua.

"Kita tidak tahu berapa lama kita berada dalam industri ini, saya tidak mahu apabila sudah tua nanti masih lagi tiada apa-apa yang boleh bergantung," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan