Anne Tinggalkan Hot FM Ikut Suami Ke Doha

Diterbitkan: Ahad, 8 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hari-hari terakhir Anne bersama HotFM foto EHSAN HotFM
Hari-hari terakhir Anne bersama HotFM foto EHSAN HotFM

PENYAMPAI Hot FM, Anne atau nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli terpaksa meninggalkan stesen radio Hot FM kerana mengikut suaminya, Nik Mahathir Zainuddin yang bekerja di Doha.

Kerjaya Anne sebagai penyampai Hot FM akan berakhir pada 20 Ogos ini sebelum berangkat ke Doha lima hari kemudian. Mereka akan menetap selama lima tahun di sana.

Pemergian Anne dengan penampilan baru memakai tudung litup sejak 12 Julai lalu bakal membuatkan ramai rakan penyampai dan pendengar merinduinya.

Saat terakhir kemunculan Anne di Hot FM Mini Jam di Ipoh, Perak pada 31 Julai lalu juga membuahkan perasaan pilu di kalangan rakan-rakan penyampai dan Anne sendiri yang menitiskan air matanya tanda pemergiannya meninggalkan Hot FM.

Menceritakan tentang penampilan terbarunya itu, dia pada awalnya memasang niat untuk bertudung dari awal tahun ini, tetapi belum cukup bersedia ketika itu.

"Selepas saya dan suami pulang dari berbulan madu, terus saya nekad untuk bertudung. Masa mula-mula saya pakai ke pejabat, ramai yang terkejut," ujarnya.

Sesuai dengan penampilan barunya itu, Anne merancang untuk membuat perniagaan pakaian muslimah seperti jubah dan tudung secara dalam talian tidak lama lagi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan