Aishah Akui Lebih Bahagia Di Samping Suami

Diterbitkan: Ahad, 8 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishah bersama suaminya Faizal
Aishah bersama suaminya Faizal

PENYANYI Aishah, 44, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin mengakui kehidupan sekarang lebih bahagia di samping suaminya Faizal Sazali Zulkifli, 44, selepas mendirikan rumah tangga pada 30 April lalu.

Penyanyi Camar Yang Pulang ini memberitahu bahawa dia kini sedang melalui sebuah kehidupan keluarga yang sempurna terutama sekali datangnya bulan Ramadan dan Syawal.

"Alhamdulilah, kehidupan saya dan anak-anak kini lebih bermakna. Kami dapat lalui kehidupan sebuah keluarga yang sempurna.

"Lebih-lebih lagi kita akan menyambut bulan puasa dan raya, anak-anak saya lebih gembira sebab tahun ini dapat beraya dengan ayah dan nenek," ujarnya.

Jelas Aishah, banyak perkara yang sedang dipelajari untuk menjadikan kehidupan keluarga yang dibina ini sentiasa diberkati.

"Kami berkahwin selepas enam minggu berkenalan dengan beberapa kali pertemuan dan sekarang selepas berkahwin kami masih dalam proses untuk mengenali dan belajar menerima keburukan dan kebaikan satu sama lain.

"Alhamdulilah dia banyak mengajar dan memberi bimbingan kepada kami dan keluarga," jelasnya ketika ditemui padam Malam Lagenda Perdana "Tiada Kata Secantik Bahasa", di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Khamis lalu.

Bercerita tentang perkahwinan yang dibuat secara tergesa-gesa, Aishah memberitahu ia dibuat bagi mengelak contoh tidak baik kepada masyarakat.

"Saya sering dipanggil untuk terlibat dalam kursus berbentuk keislaman dan motivasi, jadi saya tidak mahu timbul sebarang fitnah apabila kami keluar bersama.

"Walaupun mengambil masa yang singkat untuk membuat keputusan berkahwin, saya yakin pilihan saya terbaik buat diri saya dan keluarga," jelasnya.

Dalam pada itu, berkaitan kerjaya nyanyian, Aishah memberitahu dia masih lagi aktif dengan undangan nyanyian dan akan keluar dengan album zikir pada awal Ramadan ini berjudul Anak.

"Walaupun ramai yang menganggap saya lebih tertumpu kepada lagu-lagu keislaman tetapi sebenarnya untuk persembahan banyak permintaan agar menyanyikan lagu-lagu pop saya dahulu," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan