Rizman Ruzaini Reka Kaftan Khas Untuk Siti

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Nurhaliza diberi penghormatan merasmikan koleksi terbaru Rizman Ruzaini
Siti Nurhaliza diberi penghormatan merasmikan koleksi terbaru Rizman Ruzaini

PEREKA fesyen terkenal Rizman, 26, dan Ruzaini, 26, menampilkan koleksi kaftan raya 'Eid ul-fitr' yang direka khas untuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dua pereka fesyen itu akui meminati Siti sekaligus seronok bekerjasama dengan wanita itu sejak tiga tahun lalu.

"Kami tidak menafikan Siti banyak menaikkan nama kami dalam industri fesyen. Begitu juga dengan selebriti-selebriti lain seperti Ziana Zain yang merupakan artis pertama mengenakan pakaian rekaan kami,” kata Ruzaini atau nama sebenarnya Wan Ruzaini Wan Jamil di Restoran Istana Bambu, Ampang, Khamis lalu.

Mereka berjinak-jinak dalam dunia fesyen sejak empat tahun lalu sewaktu masih menuntut dalam jurusan Rekaan Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Menurut Ruzaini, bukan mudah untuk meminta Siti mengenakan pakaian rekaan mereka memandangkan nama mereka belum dikenali sesiapa.

“Masa awal-awal dulu siapalah yang nak pandang kami. Tetapi setelah Siti melihat Ziana memakai pakaian kami, terus dia tertarik dan ingin mencubanya,” ujarnya.

Kini, setelah Siti selesa dengan jenama Rizman, mereka mula mencipta pelbagai fesyen yang menarik sehingga penyanyi lagu Aku Cinta Padamu itu dianggap pencetus trend kepada kaum wanita.

Malah, penggunaan serkup atau hiasan kepala yang digunakan oleh Siti juga semakin menjadi ikutan dan permintaan sesetengah pelanggan Rizman Ruzaini.

Namun begitu, Siti tidak menganggap dirinya sebagai "trendsetter" sebaliknya menggunakan hiasan kepala itu mengikut keselesaannya.

Hari demi hari, Siti tidak menafikan dia semakin selesa mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini memandangkan kedua-duanya pandai mencipta kelainan dalam setiap fesyen yang direka dan mengikut peredaran zaman.

“Saya masih ingat lagi, waktu mereka mula-mula datang menunjukkan lakaran kepada pengurus saya, Kak Rozi dengan meletakkan wajah saya pada lakaran itu. Saya suka dan berpuas hati kerana rekaan mereka sangat cantik.

“Saya pun tak kisah menerima tawaran untuk mencipta pakaian saya lebih-lebih lagi mereka sangat bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

"Yang mengagumkan, mereka sanggup menumpang rumah orang untuk menjahit baju itu sendiri untuk dipakai semasa Anugerah Era 2007,” tutur Siti sambil tersenyum.

Siti berharap Rizman dan Ruzaini akan terus berjaya dalam bidang ini dan tidak lupa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Dia juga teruja apabila mendapat tahu dua pereka itu akan terbang ke Paris pada 2 Disember ini untuk menghadiri Minggu Fesyen Paris sehingga 11 Disember.

Berbalik semula tentang kaftan yang direka, koleksi eksklusif ‘Eid ud-Fitr’ itu diinspirasikan dari busana masyarakat Timur Tengah yang memang terkenal dengan pemakaian kaftan.

Ia dijual pada harga RM2,500 hingga RM3,500. Terdapat 20 pasang kaftan edisi terhad yang mula dijual pada Khamis lalu sempena majlis perasmiannya di butik Rizman Ruzaini Creations. Majlis tersebut dirasmikan oleh Siti sendiri.

Antara selebriti yang turut hadir ke majlis tersebut adalah Fazura, Nurul, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan